Campbell Bantu Cardiff Benam Man City 3-2

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Campbell (kiri) menjaringkan dua gol pada aksi bertemu Man City, Ahad malam.
Campbell (kiri) menjaringkan dua gol pada aksi bertemu Man City, Ahad malam.

FRAIZER Campbell mempamer aksi menakjubkan apabila membantu menewaskan Manchester City 3-2 sekaligus menjadi kemenangan pertama Cardiff City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini di Stadium Cardiff City lewat malam Ahad.

Bekas pelatih Manchester United itu menghadiahkan dua jaringan pada minit ke-79 dan 87 selepas rakan sepasukannya, Aron Gunnarsson turut memberi gol pertama skuad kendalian Malky MacKay ini.

Selepas terikat seri tanpa jaringan pada babak pertama, pemain City Edin Dzeko memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-52, membuka jaringan awal perlawanan.

Pemain-pemain City mendominasikan permainan namun Cardiff lebih bijak mencipta peluang mencari menembusi benteng pertahanan anak buah Manuel Pellegrini.

Sementara itu, pemain gantian City, Alvaro Negredo mencatat gol kedua pada masa tambahan, namun jaringan itu gagal menghalang Cardiff daripada meraih kemenangan mereka.

Kemenangan ini penuh bermakna buat Cardiff, lebih-lebih lagi menyaksikan pemilik kelab dari Malaysia, Tan Sri Vincent Tan turut turun ke padang bagi meraikan kejayaan bersama pasukannya.

Ia kali pertama dilihat seorang pemilik kelab turun ke padang meraikan kemenangan bersama pemain-pemain serta pengurus pasukan.

Lebih manis, Cardiff beraksi di laman sendiri dan mencipta kemenangan pertama selepas 51 tahun kembali beraksi dalam EPL.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan