Annuar Harap Pindaan Artikel 88 Cetus Perubahan Dalam FAM

Diterbitkan: Isnin, 26 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pindaan Artikel 88 Statut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diharap dapat mencetuskan perubahan awal dalam pengurusan badan induk bola sepak negara itu.

Bekas timbalan presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata beliau melihat tindakan itu adalah wajar dilaksanakan bagi memberi kebebasan kepada pemimpin sukan untuk membuat sebarang teguran.

"Tapi pada masa yang sama maksud bersuara itu bukan dengan niat membelakangkan prinsip tanggungjawab bersama.

"(Bagaimanapun) saya harap ini merupakan langkah awalan kerana lebih banyak perkara dalam artikel di dalam statut FAM perlu diperbaiki," katanya.

Pada kongres tahunan baru-baru ini, FAM memutuskan untuk meminda Artikel 88 yang kini membenarkan pegawainya membuat kenyataan media berkaitan badan induk bola sepak kebangsaan itu tetapi dalam bidang kuasa masing-masing.

Sebelum ini, artikel berkenaan hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung FAM mengeluarkan kenyataan media berhubung dasar diguna pakai dalam pengurusan badan induk itu.

Antara 'mangsa' artikel berkenaan adalah Annuar dan bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang masing-masing digantung selama 30 bulan serta Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (enam bulan).

Mengulas mengenai hukuman yang masih dijalaninya walaupun artikel tersebut telah dipinda, Annuar, yang juga bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), berkata ia terpulang kepada anggota kongres untuk membuat penilaian berhubung penggantungan yang dibuat ke atasnya dan beberapa pemimpin bola sepak lain.

"Saya dihukum ketika artikel itu belum dipinda. Bagi fahaman, saya perlu menjalani sehingga habis hukuman, tapi kalau sekiranya kongres berpendapat pada satu masa nanti mereka nak mengkaji semula kes saya atas dasar semangat peraturan itu sendiri, itu terpulang kepada mereka," katanya.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dilaporkan berkata pindaan ke atas Artikel 88 yang diumumkan pada Kongres ke-49 badan induk itu tidak membawa perubahan kepada hukuman yang sedang berjalan kerana ia diperkemas dan bukan dihapuskan.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , Artikel 88 , Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan