Penglibatan Sektor Swasta & Kelab Sukan Penting Bagi Pembangunan Bola Sepak Negara - Khairy

Diterbitkan: Ahad, 25 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap lebih banyak entiti swasta dan kelab sukan akan menjadikan sukan bola sepak sebagai program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) masing-masing bagi meningkatkan bakat di kalangan belia tempatan.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata sumbangan syarikat swasta adalah penting sejajar dengan usaha kerajaan memastikan pembangunan bola sepak negara tidak terbantut.

"Saya melihat pembangunan bola sepak di kalangan belia sebagai perkara yang amat serius. Beberapa perubahan dasar telah dilakukan bagi mengukuhkan program pembangunan sukan bola sepak negara.

"Salah satu perubahan ialah dengan melantik bekas pemain kebangsaan, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara. Dia akan menumpukan kepada bakat berusia tujuh dan 17 tahun," katanya.

Khairy berkata demikian selepas melancarkan Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Tujuh Sebelah Kelab Diraja Selangor (RSC)-Tiger ke-13 dan Kejohanan Anatarabangsa Tujuh Sebelah RSC-Milo Bawah 12 tahun ke-11 di Kelab RSC Bukit Kiara di sini, Sabtu.

Beliau berkata kerjasama KBS dan Kementerian Pendidikan akan mempertingkatkan usaha bagi memastikan pemain berbakat diberi perhatian semasa program latihan.

"Dasar program ini adalah terbuka bagi menarik seramai mungkin anak muda Malaysia mengikuti program pembangunan ini," katanya.

Pada Rabu lepas, Khairy melantik Teong Kim, bekas pembantu jurulatih skuad bawah 19 tahun kelab divisyen satu Jerman, Bayern Munich FC, sebagai pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara, berkuatkuasa November ini. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KBS , CSR , Khairy Jamaluddin

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan