Kematian Ejen: Nicolas Anelka Mahu Terus Bersara

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NICOLAS ANELKA memberitahu Pengurus West Bromwich Albion (WBA), Steve Clarke yang dia berhasrat untuk bersara sebaik sahaja mendapat tahu tentang kematian ejennya.

Bagaimanapun Clarke masih menaruh harapan yang bekas penyerang antarabangsa Perancis dan Chelsea itu akan dapat menimbang semula keputusannya itu apabila jiwa dan perasaannya kembali tenteram.

Ejen Anelka, Eric Manasse telah meninggal dunia secara mengejut hujung minggu lalu.

Anelka telah memohon agar dia dilepaskan daripada kem latihan dan menyatakan hasratnya untuk bersara pada Khamis.

"Nicolas kehilangan seseorang yang sangat rapat dengannya dan kita amat memahami situasi yang sedang dihadapinya itu tetapi kita berharap dia dapat menimbang semula keputusannya untuk bersara," ujar Clarke dalam satu sidang akhbar pada Jumaat.

Clarke bagaimanapun menjelaskan yang beliau akan duduk berbincang dengan Anelka mengenai masa depan pemain itu sebaik sahaja keadaannya kembali tenang.

Namun Clarke tidak dapat menjawab soalan sama ada Anelka akan benar-benar kembali ke kem latihan selepas segalanya selesai.

Tags / Kata Kunci: NICOLAS ANELKA , Steve Clarke , Eric Manasse

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan