KAFA Kunci Mulut , Mahu Elak 'Sub Judice' Annuar Musa

Diterbitkan: Sabtu, 24 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Sikap membisu oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung isu seorang pemain simpanan didapati positif ujian doping adalah bagi mengelak daripada mengganggu siasatan Jawatankuasa Disipilin Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata KAFA tidak boleh memberi kenyataan berikutan tindakan itu adalah 'sub juidice' kerana proses perbicaraan belum selesai. "Selain itu, identiti pemain juga tidak boleh didedahkan kerana ia bercanggah dengan prosedur dan peraturan," katanya kepada pemberita pada majlis ramah mesra Aidilfitri bersama Pengerusi Mara dengan warga kerja Giat Mara negeri Kelantan di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas mengenai seorang pemain simpanan Kelantan yang didakwa terbabit penyalahgunaan dadah selepas perlawanan akhir Piala FA menentang Johor Darul Takzim (Joor DT) pada 29 Jun lepas.

Sebelum ini, FAM memaklumkan pemain simpanan 'The Red Warriors' itu didapati bersalah dalam penyalahgunaan dadah selepas ujian doping didapati positif selepas perlawanan akhir itu. Annuar berkata kes itu masih belum selesai kerana KAFA masih diberi peluang oleh FAM untuk mengemukakan rayuan dengan membuat ujian kedua di India bagi memastikan keputusannya selari dengan ujian awal oleh badan induk bola sepak itu.

"Bagaimanapun, KAFA tidak bercadang untuk mengadakan ujian kedua itu kerana berpuas hati dengan keputusan ujian pertama, selain siasatan awal turut mendapati pemain tersebut mengakui mengambil ubat tertentu. "Keputusan ujian doping tidak berakhir begitu sahaja. Apabila selesai proses itu, barulah kita pergi ke Jawatankuasa Disiplin di situ ada proses pendengaran, beri peluang kepada pemain terbabit membuat penjelasan. Kita hendak tahu jika ubat, ubat apa dia ambil, jika dadah, jenis apa pula," katanya. -BERNAMA

Tags / Kata Kunci: KAFA , FAM , Tan Sri Annuar Musa

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan