Piala Asean: Mat Dinos Mahu Anak Didik Tidak Pandang Rendah Kemampuan Chonburi FC

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jurulatih pasukan Frenz United Malaysia A, Mat Dinos Talib mengingatkan anak didiknya supaya tidak memandang rendah keupayaan pasukan Thailand, Chonburi FC, pada final Kejohanan Piala Asean Frenz-Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bawah 15 Tahun.

Beliau berkata kemenangan 2-0 ke atas pasukan negara jiran itu pada peringkat Kumpulan A di halaman sendiri sebelum ini tidak harus dijadikan ukuran utama memandangkan aksi final adalah berbeza.

Aksi final akan menggunakan format timbal balik dengan perlawanan pertama pada 28 Ogos ini di Stadium Chonburi, Thailand sebelum aksi kedua pada 1 Sept ini di Stadium Frenz di Janda Baik, Pahang.

Bercakap pada sidang media mengenai perlawanan akhir itu di sini Jumaat, Mat Dinos berkata ketiadaan dua tonggok utama iaitu kapten Mohd Naim Abdul Razak dan pemain pertahanan Mukhlis Ehsan Najmi tidak akan menganggu rentak pasukan kerana beliau sudah mengenal pasti pengganti yang sesuai.

Kedua-dua pemain tersebut dilayangkan kad merah pada perlawanan separuh akhir menentang Frenz United Indonesia baru-baru ini.

Dalam pada itu, penyerang utama Akmal Haikal bertekad membantu pasukan negara muncul juara selain memburu anugerah 'Kasut Emas' selaku penjaring terbanyak kejohanan.

"Setakat ini, saya sudah meledak 15 gol dan hanya dibezakan dengan dua gol berbanding penjaring terbanyak dari Chonburi FC, namun misi utama saya semestinya membantu pasukan ini muncul juara," kata pelajar sebuah sekolah swasta di Genting Highlands, Pahang.

Wakil Chonburi FC bagaimanapun tidak hadir pada sidang media berkenaan kerana dikatakan sedang terlibat dalam sebuah kejohanan tempatan di negara mereka.

Frenz United Malaysia A mara ke final selepas menundukkan Frenz United Indonesia dengan kemenangan agregat 6-3 manakala Chonburi FC mengalahkan Frenz United Malaysia B dengan agregat 5-1, pada saingan separuh akhir.

Sebanyak 12 pasukan dari 11 negara Asean menyertai kejohanan edisi kedua anjuran syarikat swasta, Frenz United Sdn Bhd dengan kerjasama FAM yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah US$100,000 (RM330,170).

Edisi sulung kejohanan itu tahun lepas menyaksikan penyertaan lapan pasukan dari tujuh negara dengan Frenz United Merah muncul juara selepas mengalahkan Frenz United Biru 3-1 pada final di Stadium Shah Alam. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan