Pesta Bola Merdeka Kembali Selepas Lima Tahun Menyepi

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Abdullah (berdiri, tengah) bergambar bersama skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan yang bakal membawa cabaran pada aksi Pesta Bola Merdeka September ini.
Tengku Abdullah (berdiri, tengah) bergambar bersama skuad Bawah 23 Tahun Kebangsaan yang bakal membawa cabaran pada aksi Pesta Bola Merdeka September ini.

SELEPAS lima tahun tidak menyepi, kini Pesta Bola Merdeka kembali memeriahkan sukan bola sepak tanah air apabila bakal diadakan pada 7-14 September ini di Stadium Darul Makmur, Pahang.

Kali terakhir skuad negara beraksi pada kejohanan ini pada tahun 2008 yang manyaksikan skuad negara tewas secara penalti 6-5 di tangan Vietnam pada aksi final.

Edisi ke-41 Pesta Bola Merdeka ini bakal diserikan dengan skuad bawah 23 Tahun Singapura, Thailand, Myanmar serta skuad kebangsaan di bawah kendalian Ong Kim Swee.

"Pemain-pemain yang bakal beraksi pada Pesta Bola Merdeka ini adalah barisan awal sebelum ke Sukan Sea hujung tahun ini.

"Amat penting bagi kami untuk mempamerkan yang terbaik pada kejohanan ini bagi memastikan tahap keyakinan berada di landasan yang betul sebelum ke Myanmar bagi mempertahankan pingat emas Sukan Sea," jelas Kim Swee yang turut membuat persiapan latihan di Eropah baru-baru ini.

Pesta Bola Merdeka sebelum ini merupakan acara tahunan bola sepak negara yang berprestij dan mendapat perhatian dan pasukan dari negara yang kuat untuk menyertainya.

Antara pasukan yang pernah menyertai Pesta Bola Merdeka sejak dianjurkan pada tahun 1957 adalah Korea Selatan, Indonesia, Myanmar, Algeria, Pakistan, Ghana, India, Taiwan, Jepun dan New Zealand.

Selain bersaing untuk menjadi pasukan terbaik pada kejohanan ini, empat pasukan yang bertanding pastinya ingin menjadi juara sekaligus bakal meraih hadiah lumayan wang tunai bernilai ASD50,000, naib juara ASD30,000, manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing akan membawa balik ASD20,000 dan ASD10,000.

Sementara itu, logo rasmi kejohanan ini telah dilancarkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan pada Jumaat.

Tags / Kata Kunci: Pesta Bola Merdeka , Ong Kim Swee

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan