Bekas Pengurus Middlesbrough Gareth Southgate Dilantik Pengurus England Bawah-21 Yang Baru

Diterbitkan: Jumaat, 23 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gareth Southgate. Foto AFP
Gareth Southgate. Foto AFP

BEKAS Pengurus Middlesbrough yang juga bekas pemain bek England, Gareth Southgate telah dinamakan sebagai pengurus skuad kebangsaan England Bawah-21.

Beliau diberikan kontrak tiga tahun untuk mengantikan Stuart Pearce, yang melepaskan jawatannya Jun lalu selepas skuad berkenaan memberikan persembahan terburuk mereka pada Kejohanan Eropah.

Southgate, 42, sebelum ini pernah menyandang jawatan sebagai Pengarah Program Elit Persatuan Bolasepak Inggeris. Beliau melepaskan jawatan itu Julai tahun lalu.

Dilahirkan di Watford, Southgate bermain sebanyak 57 kali untuk England dan pernah mewakili pasukan Crystal Palace, Aston Villa dan Middlesbrough sebelum bersara pada tahun 2006.

Beliau kemudiannya menjadi pengurus Middlesbrough antara 2006 hingga 2009 dan pada Januari 2011 menyertai persatuan bolasepak menguruskan program elit.

Selepas meninggalkan program elit FA Inggeris, Southgate bertugas sebagai pengulas bolasepak stesen televisyen ITV.

Beliau bermain dalam kejohanan Euro 96, Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.

Southgate juga pernah menjadi sebahagian daripada pasukan kejurulatihan England pada kejohanan Piala Dunia Bawah-20 pada tahun 2011.

Tugas pertama Southgate sebagai pengurus England Bawah-21 yang baru ialah perlawanan kelayakan Kejohanan Eropah 2015 menentang Moldova pada 5 September dan selepas itu Finland empat hari kemudian.

Tags / Kata Kunci: Middlesbrough , Gareth Southgate , England

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan