Teong Kim Mampu Lahirkan Pelapis Bola Sepak Berkualiti - Zokples

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengalaman bekas pemain kebangsaan Lim Teong Kim dalam industri bola sepak negara akan digunakan untuk membantu negara melahirkan pemain muda yang berkualiti pada masa akan datang.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zokples Embong berkata Teong Kim yang dilantik sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara mempunyai visi yang jelas untuk membantu negara dalam mengembangkan lagi pembangunan bola sepak terutama di peringkat akar umbi.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata Teong Kim akan mengikat kontrak lima tahun bermula November ini bagi menggantikan abangnya, Lim Kim Chon yang juga bekas pemain negara pada era 80-an.

"MSN memang mencari individu yang bertepatan bagi mengisi kekosongan jawatan itu. Idea melantik Teong Kim adalah daripada menteri sendiri. "Saya tidak nafikan program pembangunan bola sepak memang agak terganggu selepas Kim Chon meletakkan jawatan sebagai ketua pembangunan bola sepak remaja kebangsaan pada Mei lepas," katanya.

Zokples berkata perbincangan pelantikan Teong Kim diadakan selama dua minggu dengan beliau dibawa melawat beberapa pusat pembangunan bola sepak. "Teong Kim tertarik dengan apa yang telah kita laksanakan. Beliau memberitahu MSN mempunyai asas pembangunan bola sepak yang baik dan perlu dikembangkan kepada satu tahap yang lebih tinggi. "MSN dan Persatuan Bola Sepak Malaysia(FAM) akan bekerjasama dalam menggembleng tanggungjawab ini untuk melahirkan lebih ramai pelapis yang berkualiti pada masa akan datang," katanya.

Teong Kim yang merupakan bekas pemain kelab Hertha Berlin 87' di Bundes liga Jerman, pernah menjadi pembantu jurulatih skuad bawah 19 tahun Bayern Munich, Jerman, selama enam tahun. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan