Liga Super: Jurulatih Baharu JDT Sedia Bantu Capai Objektif

Diterbitkan: Khamis, 22 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cesar Ferrando Jimenez (kanan) dan penyerang Braulio Nobrega Rodriquez. Foto: LIM CHENG KIAT/The Star
Cesar Ferrando Jimenez (kanan) dan penyerang Braulio Nobrega Rodriquez. Foto: LIM CHENG KIAT/The Star

JOHOR BAHARU: Jurulatih baharu pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Cesar Ferrando Jimenez berkata beliau memerlukan kerjasama semua pemain dan pegawai untuk membawa pasukan itu ke tahap yang baharu pada saingan Liga Super musim depan.

Bekas jurulatih kelab Valencia dan Atletico Madrid di Sepanyol berkata, beliau sendiri tidak boleh mengubah nasib pasukan bintang Harimau Selatan itu tanpa kerjasama semua pihak.

"Semua pihak mempunyai peranan bagi memastikan pasukan itu mencapai kejayaan dan saya sedia membantu pemain mencapai objektif yang ditetapkan," katanya kepada pemberita menerusi seorang juru bahasa pada Rabu.

Sebelum itu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memperkenalkan Jimenez dan penyerang terbaru, Braulio Nobrega Rodriguez kepada media pada satu majlis di Stadium Larkin di sini hari ini.

Ditanya mengenai Liga Super, jurulatih warga Sepanyol itu berkata walaupun beliau menyukai banyak perkara mengenai Liga Malaysia namun beliau turut melihat beberapa perkara yang diperlukan untuk perubahan.

Bagaimanapun, katanya Liga Malaysia merupakan sebuah liga yang sangat kompetitif.

Dalam pada itu, Rodriquez, bekas pemain beberapa kelab La Liga Sepanyol termasuk Atletico Madrid, Real Zaragoza, Getafe dan Hercules CF, akan mengetuai jentera serangan bersama pemain Argentina, Pablo Aimar.

Menurut Tunku Mahkota Johor, Aimar, yang kini mewakili kelab utama Portugal, Benifica, akan tiba di sini secepat mungkin.

"Beliau (Aimar) kini menjalani pemeriksaan kesihatan dan akan tiba di di Johor dalam sedikit masa lagi," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai penglibatan sulungnya dalam bola sepak Asia, Rodriguez berkata beliau tidak sabar untuk memulakan musim baharu Liga Super bersama pasukan JDT.

"Saya tidak sabar untuk berlatih dengan pasukan. Saya mendengar banyak cerita hebat tentang JDT dari Daniel Guiza (bekas penyerang JDT, yang juga berasal dari Sepanyol)," kata pemain berusia 27 tahun itu.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Liga Super , Cesar Ferrando , JDT

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan