TMJ Akan Lakukan Perubahan Struktur Untuk Mantapkan Lagi JDT

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail berkata beliau akan melakukan perubahan struktur bagi memantapkan lagi pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk saingan Liga Super tahun depan.

Katanya, jurulatih baharu JDT, Cesar Ferrando Jimenez akan membantunya di dalam "membersihkan" JDT daripada masalah-masalah yang dihadapinya dan seterusnya membawa pasukan ke tahap yang tinggi pada musim depan.

"Kita perlu menyelesaikan banyak masalah dalam pasukan. Saya telah belajar daripada kesilapan tahun ini dan tidak akan mengulanginya lagi.'"

"Saya memberi jaminan pasukan JDT akan memberikan lebih banyak impak pada saingan tahun depan," katanya pada sidang media untuk memperkenalkan Jimenez dan penyerang baharu JDT musim depan, Braulio Nobrega Rodriguez di Stadium Larkin, pada Rabu.

Tunku Mahkota Johor berkata perubahan yang akan diperkenalkannya itu tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di negara ini sebelum ini, bertujuan memajukan lagi sukan bola sepak negara.

Jimenez merupakan jurulatih yang berpengalaman dan pernah melatih pasukan utama di dalam La Liga Sepanyol termasuk Atletico Madrid, Valencia, Salamanca dan Albacete.

Sementara itu, Rodriguez juga pernah beraksi dengan pasukan-pasukan seperti Atletico Madrid, Real Zaragoza dan Hercules di dalam La Liga Sepanyol serta mewakili skuad bawah 20 tahun negara ini tidak lama dahulu.

Pemain berusia 27 tahun itu akan digandingkan dengan bekas pemain kebangsaan Argentina dan kelab Benfica di Portugal, Pablo Aimar, bagi memantapkan lagi jentera serangan JDT musim depan.

Menurut Tunku Mahkota Johor, Jimenez akan membawa sama jurulatih taktikal, Andres Tebar yang akan bertindak sebagai pembantunya terutama di dalam perkara berkaitan taktikal serta kecergasan.

Walaupun hanya akan menyertai JDT musim depan, tetapi kedua-dua mereka kata Tunku Mahkota Johor, akan berada di Johor bagi membiasakan diri dengan cuaca dann keadaan persekitaran.

"Rodriguez akan memulakan latihan dengan JDT, manakala Jimenez akan mengkaji secara keseluruhan tentang pasukan dan memberi cadangan-cadangannya. Beliau bagaimanapun tidak akan 'kacau' pasukan JDT sedia ada," katanya.

Ditanya tentang Aimar pula, beliau berkata, bekas pemain Argentina itu pada ketika ini sedang menyelesaikan pemeriksaan kesihatannya dan akan ke Johor tidak lama lagi untuk menyertai JDT.

Tunku Mahkota Johor juga meminta penyokong Harimau Selatan supaya bersabar berikutan prestasi tidak menentu JDT musim ini dengan berkata, pembangunan sesebuah pasukan mengambil masa dan kejayaan tidak berlaku dengan pantas.

Bagaimanapun katanya, pencapaian JDT musim ini dengan menduduki tempat ketiga di dalam Liga Super dan kejayaan memasuki final Piala FA membuktikan peningkatan prestasinya berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Mengenai isu bekas jurulatih JDT Fandi Ahmad pula, beliau berkata, lagenda bola sepak Singapura itu meletakkan jawatan selepas berjaya membawa JDT ke suatu tahap yang membanggakan musim ini.

"Beliau (Fandi) bukan gagal. Kami amat menghargai sumbangannya kepada bola sepak Johor," kata Tunku Mahkota Johor.-BERNAMA

Tags / Kata Kunci: TMJ , Liga Super , JDT , Cesar Ferrando Jimenez

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan