Teong Kim Dilantik Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lim Teong Kim
Lim Teong Kim

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melantik bekas pemain kebangsaan dan kelab Hertha Berlin 87' di Bundesliga Jerman, Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

Teong Kim, yang juga menjadi pembantu jurulatih skuad bawah 19 tahun Bayern Munich, Jerman, selama enam tahun, diberi kontrak selama lima tahun oleh Majlis Sukan Negara (MSN), selaku urus setia program berkenaan.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Teong Kim akan memulakan tugas November ini bagi menggantikan abangnya Lim Kim Chon, yang juga bekas pemain negara pada era 80-an.

Katanya Kim Chon mengambil keputusan tidak menyambung kontrak sebagai ketua pembangunan bola sepak remaja kebangsaan di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara KBS pada 31 Mei tahun lepas.

"Kami percaya pengalaman luas Teong Kim dapat membantu KBS membina satu landasan yang tepat bagi memperbaiki dan meningkatkan program pembangunan ini," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini.

Khairy berkata beliau percaya Teong Kim mampu membawa perubahan kepada program pembangunan bola sepak negara bermula dari peringkat akar umbi.

Beliau berkata tugas Teong Kim bukan sahaja dari aspek teknikal semata-mata sebaliknya beliau diberi tanggungjawab untuk memantau serta menjayakan keseluruhan program pembangunan bola sepak negara.

"Setelah berbincang panjang bersama Teong Kim sebelum ini, saya dapati beliau mempunyai visi yang jelas dan saya yakin dengan kemampuannya," katanya.

Program pembangunan itu merupakan program usahasama di antara KBS, Kementerian Pendidikan dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memartabatkan mutu sukan negara.

"FAM memberi tumpuan kepada pasukan kebangsaan manakala usaha pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi adalah tanggungjawab kerajaan di bawah usaha bersama MSN," katanya.

Sementara itu Teong Kim berkata beliau mampu mengalas tanggungjawab yang diberikan untuk melahirkan pemain muda berbakat besar di peringkat akar umbi namun mengakui ia merupakan satu cabaran besar yang perlu dipikul.

"Saya suka cabaran dan mencapai kecemerlangan. Kita memerlukan masa lebih lima tahun untuk melahirkan pemain berbakat untuk masa depan sukan ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan