Oxlade-Chamberlain Rehat Enam Minggu - Wenger

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Oxlade-Chamberlain terpaksa berehat enam minggu kerana kecederaan lutut.
Oxlade-Chamberlain terpaksa berehat enam minggu kerana kecederaan lutut.

PEMAIN tengah England, Alex Oxlade-Chamberlain terpaksa diketepikan selama enam minggu selepas mengalami kecederaan lutut.

Perkara ini telah disahkan oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Pemain berusia 20 tahun itu merupakan antara 'ayam tambatan' Roy Hodgson dalam pasukan England.

Dia terpaksa dikeluarkan ketika aksi Arsenal menentang Aston Villa yang menyaksikan skuadnya tewas 3-1.

"Dia bakal direhatkan sekurang-kurangnya enam minggu berdasarkan kecederaan yang dihadapi.

"Namun kami yakin setakat ini kecederaan tersebut tidak memerlukan sebarang pembedahan, namun yang pasti dia terpaksa diketepikan dalam tempoh itu," jelas Wenger.

Oxlade-Chamberlain dijangka akan terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia Kumpulan H menentang Moldova dan Ukraine.

Sekiranya kecederaan tersebut sembuh dalam tempoh ini, peluang Oxlade-Chamberlain kembali ke skuad England cerah utnuk beraksi menentang Montenegro dan Poland.

Tags / Kata Kunci: Oxlade-Chamberlain , Arsenal , Arsene Wenger

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan