FA Inggeris Senarai Pendek 6 Calon Termasuk 2 Bekas Jurulatih Man Utd Untuk Jawatan Pengurus England Bawah-21

Diterbitkan: Rabu, 21 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PERSATUAN Bolasepak Inggeris (FA Inggeris) akan menemuduga sekurang-kurangnya enam calon untuk mengisi kekosongan jawatan pengurus pasukan kebangsaan Bawah-21 Tahun minggu ini.

Jawatan dengan gaji sebanyak £600,000 setahun (£50,000 sebulan) itu telah dikosong oleh Stuart Pearce ekoran persembahan buruk skuad Bawah-21 pada Kejohanan Piala Eropah yang baru sahaja selesai dua bulan yang lalu.

Antara yang disebut-sebut akan dipanggil untuk temuduga jawatan kontroversi itu termasuklah bekas jurulatih Manchester United, Rene Meulensteen dan Steve McClaren, Michael Appleton dan juga bekas pengurus Middlesborough Gareth Southgate.

Temuduga yang dirahsiakan itu dikatakan telah pun bermula minggu lalu dan akan diteruskan sepanjang minggu ini sebelum FA mengumumkan calon pilihan mereka bulan depan.

Ketiadaan pengurus untuk skuad Bawah-21 Tahun telah memaksa pengurus pasukan kebangsaan, Roy Hodgson mengambil alih urusan pemilihan pemain untuk skuad berkenaan dalam perlawanan persahabatan menentang Scotland minggu lalu.

Mereka menewaskan Scotland 6-0.

Bagaimanapun pihak FA tidak boleh membiarkan pengurusan skuad berkenaan berfungsi tanpa pengurus memandangkan mereka akan berhadapan dengan pusingan kelayakan Piala Eropah menentang Moldova pada 5 September dan kemudian Finland pada 9 September.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan