Wang Denda Langgar Artikel 88 Tidak Akan Dikembalikan

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan bahawa individu yang dihukum atas kesalahan melanggar Artikel 88 di bawah Statut FAM 2010-2014, tiada hak menuntut kembali wang denda yang dibayar mereka.

Katanya hukuman ke atas individu terbabit termasuk denda terhadap mereka di bawah Artikel 88 kerana mengkritik FAM sebelum ini, adalah kekal walaupun badan induk kebangsaan itu membuat keputusan meminda artikel berkenaan.

Beliau berkata mereka yang dikenakan hukuman tatatertib oleh FAM perlu faham maksud pindaan.

"Mereka yang dijatuhi hukuman tidak layak menuntut balik denda yang dibayar dan hukuman penggantungan tetap diteruskan seperti yang diputuskan Jawatankuasa Tatatertib FAM.

"Mereka harus faham bahawa Artikel 88 tidak dihapuskan sebaliknya hanya dipinda, maka ia tidak mengubah apa-apa keputusan lepas," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Hamidin diminta mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam laporan akhbar hari ini, yang mahu FAM membatalkan semua hukuman ke atasnya dan memulangkan wang denda RM39,000 yang dibayar oleh beliau.

Shahidan, bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis, membuat tuntutan itu setelah badan induk itu mengumumkan akan meminda Artikel 88 selepas anggota gabungannya bermesyuarat dalam Kongres Tahunan FAM pada Sabtu lepas.

Pindaan tersebut menyebut bahawa pegawai, anggota gabungan, jurulatih dan pemain diberi kebenaran untuk mengeluarkan kenyataan media tetapi hanya dalam bidang kuasa masing-masing.

Hamidin turut menjelaskan bahawa ketika Kongres FAM itu mereka tidak membincangkan soal menarik balik penggantungan dan Artikel 88 masih wujud dan hanya dibuat pindaan kecil.

"FAM akan mengeluarkan pindaan itu secara terperinci selepas dibentangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif selepas ini," katanya.

Sebelum ini, Artikel 88 hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung FAM mengeluarkan kenyataan media berhubung hal pengurusan badan induk tersebut.

Selain Shahidan, individu lain yang dikenakan hukuman kerana melanggar Artikel 88 ialah bekas Timbalan Presiden FAM Tan Sri Annuar Musa dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang masing-masing sedang menjalani hukuman penggantungan kerana mengkritik FAM. BERNAMA

Tags / Kata Kunci: FAM , Datuk Hamidin Mohd Amin , Artikel 88

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan