Piala Malaysia: Kelantan Perturun Kesebelasan Terbaik Hadapi Pahang

Diterbitkan: Selasa, 20 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata pasukannya akan memberi 110 peratus komitmen ketika menentang Pahang di Stadium Darul Makmur dalam kempen Piala Malaysia yang bermula pada Selasa.

Beliau berkata beliau akan menurunkan kesebelasan terbaiknya seperti ketua pasukan Mohd Badri Mohd Radzi, Nor Farhan Muhammad dan Indra Putra Mahyuddin.

"Kami sentiasa memberi yang lebih semasa bermain di tempat sendiri, tetapi bila bermain di tempat lawan, pihak lawan mempunyai penyokong yang ramai.

"Jadi kami perlu memberi persembahan 110 peratus untuk menang.

"Kesebelasan utama akan bermain dan saya akan memilih pemain terbaik," katanya pada Isnin.

Hodak berkata kesemua pemainnya sudah bersedia selepas beberapa orang daripada mereka pulih dari kecederaan.

"Semua pemain kebangsaan baru pulang. Mereka mungkin tidak berada pada prestasi terbaik kerana ramai daripadanya hanya duduk di bangku simpanan.

"Sesetengahnya pula seperti Nor Farhan, Khairul Fahmi Che Mat, Azizi Mat Rose sakit. Tetapi kami bernasib baik, mereka kini berada dalam prestasi baik, baru pulih dari sakit dan cedera dan boleh bermain," katanya.

Beliau mengharapkan sokongan kuat penyokong Kelantan untuk mengalahkan Pahang nanti.

Kelantan, Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan berada dalam Kumpulan C.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan