Fandi Ahmad Letak Jawatan Pengurus JDT Serta Merta

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fandi Ahmad
Fandi Ahmad

JOHOR BARU: Bekas ketua jurulatih pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Fandi Ahmad pada Isnin meletak jawatan sebagai pengurus pasukan itu berkuatkuasa serta merta.

Setelah pertimbangan teliti dan persefahaman bersama, bekas pemain bola sepak Singapura itu dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) masing-masing bersetuju untuk membuat haluan masing-masing.

PBNJ dalam satu kenyataan kepada media di sini berkata, keputusan ini telah dipersetujui bersama dan bagi pihak persatuan sendiri mereka ingin mencari pendekatan taktikal yang berbeza.

"Pintu sentiasa terbuka untuk Fandi di PBNJ dan beliau sentiasa dianggap sebagai keluarga di sini. PBNJ juga sentiasa bersedia memberikan sokongan dalam sebarang usaha yang bakal beliau ceburi pada masa hadapan," kata PBNJ.

Menurut kenyataan itu lagi, sepanjang bersama JDT Fandi merupakan seorang jurulatih yang cemerlang dan sentiasa berdedikasi bagi membentuk pasukan yang mantap dan banyak menyumbang ke arah pembangunan bola sepak Johor.

Pemergian beliau disifatkan satu berita yang mendukacitakan bagi PBNJ dan penyokong pasukan bola sepak Johor. Jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh persatuan itu dan peminat.

Sebelum ini, pada akhir bulan lepas Fandi hilang jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan JDT dan ia kemudiannya digantikan dengan jawatan sebagai pengurus pasukan.

Dikhabarkan pasukan yang dibarisi ramai pemain berstatus bintang itu sedang mengintai khidmat bekas jurulatih Valencia dan Atletico Madrid, Cesar Ferrando Jiminez sebagai pengurus dan ketua jurulatih JDT bagi saingan Liga Malaysia musim depan.

Sementara itu, Fandi dalam kenyataan kepada media berharap semua pihak menerima keputusannya itu dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara tersebut.

"Ia sesuatu yang cukup menyedihkan tetapi keputusan yang amat penting untuk masa depan saya sebagai jurulatih bola sepak. Keluarga saya memain peranan penting dalam saya membuat keputusan ini," kata beliau.

Fandi merakamkan penghargaan kepada Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang banyak menyokongnya dan pasukan JDT sepanjang beliau bersama pasukan itu.

Fandi turut mengucapkan terima kasih kepada peminat pasukan JDT kerana sentiasa memberikan sokongan padu dan melahirkan rasa kesal kerana gagal meraih sebarang piala pada musim lepas. BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Fandi Ahmad , JDT

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan