Everton Tolak Tawaran Baru United Lepas Rasa Terhina

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Marouane Fellaini
Marouane Fellaini

EVERTON menolak mentah-mentah bidaan terbaru Manchester United bernilai £28 juta ke atas Marouane Fellaini dan Leighton Baines selepas mereka berasa terhina dengan tawaran itu.

Kelab itu mengesahkan yang mereka telah menerima bidaan terbaru bernilai £16 juta untuk pemain antarabangsa Belgium, Fellaini dan £12 juta untuk pemain antarabangsa England, Baines.

Namun Everton menolak kedua-dua bidaan itu kerana berasa terhina dengan harga yang ditawarkan.

Serentak dengan itu kelab tersebut turut mengumumkan yang Baines dan Fellaini tidak akan dijual dalam tempoh pintu perpindaan ini dibuka sehingga 2 September depan.

David Moyes, yang merupakan bekas pengurus Everton telah memberi lampu hijau untuk mendapatkan dua orang bekas anak didiknya itu kepada pengurusan United.

Bagaimanapun, beliau tidak bertanggungjawab di atas nilai bidaan.

Pengarah Komunikasi baru Everton, Alan Myers, dalam satu kenyataan kepada laman web kelab itu berkata: "Everton kini boleh mengesahkan yang kami telah menerima tawaran secara rasmi daripada Manchester United untuk membeli dua orang pemain kami iaitu Marouane Fellaini dan Leighton Baines tetapi permintaan tersebut ditolak dengan segera kerana jumlah yang diletakkan tidak langsung masuk akal malah menghina."

Fellaini, 25, dibeli oleh Moyes pada harga £16 juta dari Standard Liege pada 2008.

Oleh yang demikian Everton menganggap harga yang ditawarkan United selepas lima tahun pemain itu berada di kelab berkenaan seolah-olah seperti tiada nilai.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan