EPL: Menang Aksi Pertama, Mourinho Tetap Sasar Rooney

Diterbitkan: Isnin, 19 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jose Mourinho
Jose Mourinho

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho memberi amaran awal perebutan gelaran musim dengan menyaksikan kemenangan pertama 2-0 ke atas Hull City pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat Ahad malam.

Sentuhan awal Mourinho yang kembali membimbing The Blues musim ini amat jelas, dan dalam masa sama dia tetap berusaha untuk mendapatkan penyerang Manchester United, Wayne Rooney.

Pengendali ini dilihat tidak berputus asa untuk mengikat penyerang England itu sehingga jendela perpindahan akan ditutup pada 2 September ini.

Menurut kenyataan satu kenyaataan, sekiranya percubaan ini gagal, Mourinho akan cuba lagi pada Januari ini apabila jendela perpindahan kembali dibuka.

Walaupun tidak menyebut nama Rooney tetapi Mourinho berkata: "Kamu tahu pemain itu, kami faham dengan situasi ini, dan sentiasa di landasan yang betul."

Kelab Chelsea akan membuat sekali lagi tawaran pada minggu ini, dipercayai dalam anggaran £40 juta (RM205 juta) bagi mendapatkan penyerang tersebut.

Sementara itu, pada aksi bertemu Hull City, jaringan kemenangan dilakukan oleh Oscar pada minit ke-13, manakala gol kedua dicatat oleh pemain veteran, Frank Lampard m-25.

Tags / Kata Kunci: EPL , Jose Mourinho , Rooney

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan