Kami Tidak Sabar Untuk Beraksi - Giggs

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Giggs yakin pasukannya mampu ulangi kegemilangan musim lalu.
Giggs yakin pasukannya mampu ulangi kegemilangan musim lalu.

PEMAIN veteran Manchester United, Ryan Giggs mula melancarkan perang psikologi menjelang aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.

Giggs berkata, kepulangan Jose Mourinho sebagai pengurus Chelsea sedikit pun tidak menggugat persiapan pasukannya itu.

Pemain sayap ini mengakui, United juga langsung tidak bimbang dengan cabaran Manchester City yang kini sedang sibuk mengikat pemain-pemain baharu untuk musim ini.

Juara EPL musim lalu ini telah membuktikan rekod baiknya dengan menewaskan Wigan Athletic 2-0 pada aksi Piala Perisai Komuniti, Ahad lalu.

Kini, Giggs berazam mahu membantu pengurus baharu United, David Moyes menjulang kejuaraan liga selain bertekad untuk mengekalkan trofi liga di Old Trafford.

"Sudah tentu kepulangan Mourinho untuk bersama Chelsea dan City yang sedang berbelanja besar tidak akan membimbangkan United.

"Kualiti sudah ada dalam skuad ini. Kami telah membuktikan pada tahun lalu dan sekali lagi, United akan menunjukkan kemampuan sebenar pada saingan musim ini.

"Kami telah memenangi liga dengan pemain-pemain ini dan United tidak sabar untuk memulakan musim baharu.

"Jika kami berjaya mendapatkan pemain, ia bonus buat United tetapi jika tidak, kami akan berpegang kepada pemain-pemain lama," jelasnya.

Tags / Kata Kunci: Manchester United , Ryan Giggs , EPL

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan