Azlan Johar Ikat Kontrak Setahun Dengan T-Team

Diterbitkan: Khamis, 15 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Bekas pemain kebangsaan Azlan Johar dilantik sebagai pembantu jurulatih pasukan T-Team bagi menghadapi kempen Piala Malaysia yang akan membuka tirai, Selasa depan.

Azlan, yang dikenali sebagai antara pengulas sukan di saluran sukan, stesen Astro Arena, menandatangani kontrak selama setahun dengan Persatuan Bola Sepak Daerah Kuala Terengganu (PBSDKT).

Majlis menandatangani kontrak tersebut itu berlangsung dalam satu majlis tertutup di hadapan setiausaha PBSDKT, Ali Embong di Wisma Darul Iman di sini.

Pegawai Eksekutif T-Team, Abdul Rashid Jusoh memberitahu Bernama Azlan akan membantu ketua jurulatih Che Ku Marzuki Che Mohd Nor dalam memantapkan aspek taktikal dan memberi motivasi kepada pemain.

Beliau berkata Azlan bukan asing dalam bidang kejurulatihan kerana pernah membimbing pasukan KL Malay Mail pada 2003 dan 2004 serta mewakili skuad Selangor, Johor dan Terengganu pada era 70-an dan 80-an.

Azlan, yang memegang lesen kejurulatihan kelas 'A', akan memulakan tugas pada Jumaat, katanya.

"Kita harap T-Team akan mendapat sentuhan baharu bagi menghadapi Piala Malaysia khususnya dan lain-lain kejohanan amnya," katanya.

Pasukan T-Team, yang layak ke separuh akhir Piala Malaysia tahun lepas, sekadar menamatkan saingan Liga Super musim ini di tangga ke-10.

Pada saingan Piala Malaysia 2013, T-Team akan memulakan perlawanan peringkat kumpulan dengan menentang Felda United, Selasa ini sebelum bertemu PKNS Selangor dan Johor Darul Takzim (Johor DT).- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Azlan Johar , T-Team , Piala Malaysia

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan