Punca Pendapatan Stadium Malaysia Tidak Terjejas

Diterbitkan: Rabu, 14 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Punca pendapatan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) tidak akan terjejas tanpa penganjuran aktiviti selain sukan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif PSM Ahmad Halmi Harun berkata pendapatan untuk kerja penyelenggaraan stadium itu bukan bergantung sepenuhnya kepada penganjuran acara bukan sukan misalnya konsert.

"Kita sebelum ini sudah cukup dana untuk selenggara dan jaga stadium, jadi kalau aktiviti selain sukan tidak diadakan di sana pun perbadanan masih boleh mengekalkan kualiti padang.

"Pendapatan melalui acara sukan dan aktiviti bukan sukan di stadium tersebut adalah sama banyak, bukannya kita bergantung dengan pendapatan daripada acara selain sukan," katanya.

Beliau berkata bagi mengimbangi dan menambah jumlah pendapatan untuk proses penyelenggaraan stadium pada masa akan datang, PSM akan berusaha untuk menjadi penganjur kepada mana-mana acara sukan.

"Kalau sebelum ini, ada orang tengah yang menjadi penganjur apa kata selepas ini PSM sendiri bertindak sebagai penganjur yang bawa masuk acara besar-besaran seperti bawa pasukan bola sepak dunia ke Malaysia.

"Kita sekarang memang tengah buat kajian sama ada boleh jalankan rancangan tersebut (menjadi penganjur acara) atau tidak. Ini adalah antara inisiatif kita untuk perbanyakkan lagi dana untuk stadium," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga bakal menjadikan stadium itu bukan sahaja venue untuk acara bola sepak malah turut dijadikan medan bagi acara olahraga, di mana pada awal tahun lepas trek untuk acara olahraga sudah diganti baharu.

Ahmad Halmi berkata beliau akan memperbanyakkan kejohanan sukan di Stadium Nasional itu bagi terus mengimbangi pendapatan mereka.

Acara terdekat yang bakal diadakan di padang itu adalah konsert Linkin Park pada Ahad ini dan dijangka perlawanan pra-kelayakan Piala Asia, Harimau Malaya menentang Bahrain serta Piala Malaysia menjadi acara terakhir dijalankan di padang berkenaan sebelum penutupan stadium pada Oktober ini.

Mengenai kesan mengadakan konsert di padang Stadium Nasional Bukit Jalil, beliau berkata ia tidak terlalu menjejaskan kualiti padang kerana padang rumput itu ditutup dengan penutup rumput khas buatan Jerman.

"Kita tidak letak pentas konsert di atas padang, ia (pentas) diletak di atas trek. Lagipun padang yang menempatkan penonton ditutup dengan peralatan khas bagi memastikan kualiti rumput tidak terjejas," katanya.

Ahmad Halmi berkata pihak perbadanan bersedia menutup Stadium Nasional Bukit Jalil pada bila-bila masa sahaja sebaik sahaja Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan tarikh yang sesuai.

Katanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bersedia menukar venue perlawanan Piala Malaysia dan pra-kelayakan Piala Asia jika KBS mengumumkan tarikh penutupan stadium sebelum perlawanan tersebut dan tender untuk menukar rumput serta sistem saliran akan dibuka sebaik sahaja pengumuman dibuat.

Pada Jun lepas, KBS mengumumkan untuk menutup Stadium Nasional Bukit Jalil selama enam bulan mulai Oktober untuk kerja baik pulih padang stadium itu. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan