Jangan Gentar Berdepan Barcelona FC - Rajagobal

Diterbitkan: Sabtu, 10 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal meminta pemainnya tidak gentar berhadapan dengan kelab gergasi Sepanyol, Barcelona FC, pada perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam Sabtu.

Beliau sebaliknya menuntut mereka memberi komitmen sepenuhnya walaupun sedar pasukan negara bakal berdepan pasukan lawan yang dibarisi pemain betaraf dunia.

"Saya beritahu pemain bahawa kita bermain seperti biasa dan beri tumpuan serta tunjukkan satu permainan yang lebih baik berbanding ketika bertemu (kelab Liga Perdana Inggeris) Chelsea FC baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi latihan skuad Harimau Malaya di sini, Jumaat.

"Saya tidak mahu pemain kita memikirkan kemenangan besar yang dicatat Barcelona FC seperti membelasah Santos (8-0) dan Thailand (7-1) baru-baru ini...Apa yang penting ialah saya mahu melihat peningkatan corak persembahan dalam kalangan pemain itu sendiri," tegas Rajagobal.

Jurulatih berusia 57 tahun itu berkata peningkatan dari segi corak persembahan skuad Harimau Malaya akan membolehkan beliau merencana strategi terbaik untuk bertemu Bahrain pada perlawanan ketiga Kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini, 15 Oktober ini.

Mengenai kesebelasan utama yang akan diturunkan pada perlawanan, Rajagobal berkata beliau akan mengadakan perbincangan dengan doktor pasukan.

"Mungkin saya akan kekalkan sebahagian besar pemain yang beraksi menentang Chelsea FC tempoh hari...Kalau ada pertukaran, mungkin satu dua pemain di posisi tertentu," katanya.

Terkenal dengan panggilan 'Los Blaugrana', Barcelona FC memulakan Jelajah Asia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand, 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok, Rabu lepas.

Pasukan itu menamatkan siri jelajah itu di sini sebelum pulang ke negara mereka bagi menghadapi musim baharu Liga Primera Sepanyol yang dijangka bermula 17 Ogos. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Barcelona , Malaysia , Stadium Shah Alam

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan