Messi Sedia 'Pukau' Anak Buah Rajagobal

Diterbitkan: Jumaat, 9 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bintang Argentina Lionel Messi berharap dapat menunjukkan penampilan terbaiknya walaupun mengalami keletihan akibat jadual perjalanan ketat bersama pasukan gergasi Sepanyol, Barcelona FC.

Pemain Terbaik Dunia sebanyak empat kali itu berkata walaupun pemain mengalami keletihan sepanjang siri Jelajah Asia kelab itu namun beliau gembira melihat peningkatan dalam prestasi pasukan itu.

Katanya beliau turut gembira berlatih dengan jurulatih baharu Gerardo Martino, pengganti Tito Vilanova yang meletakkan jawatan bagi mendapatkan rawatan susulan kanser tekak yang dialaminya.

"Saya harap kami boleh mencapai keputusan yang lebih baik dalam saingan Liga Primera Sepanyol di samping merangkul kejuaraan utama Eropah seperti Kejohanan UEFA," kata bintang berusia 26 tahun itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, Khamis sempena perlawanan persahabatan antara kelab terkemuka dunia itu dengan pasukan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Sementara itu, bintang tengah Cesc Fabregas mengulangi komitmennya untuk kekal dengan kelab Sepanyol itu walaupun kelab-kelab lain termasuk Manchester United menunjukkan minat untuk mengikatnya musim ini.

"Saya gembira untuk kekal dengan kelab ini walaupun ramai membuat spekulasi bahawa saya akan kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL), kata pemain antarabangsa Sepanyol berusia 26 tahun itu.

Barcelona FC, terkenal dengan panggilan 'Los Blaugrana' itu memulakan Jelajah ASia 2013/2014 dengan menumpaskan pasukan kebangsaan Thailand 7-1 di Stadium Nasional Rajagamangala di Bangkok.

Pasukan itu menamatkan siri jelajah itu dengan menentang Malaysia sebelum pulang ke negara mereka.

Dalam pada itu, ketua jurulatih negara Datuk K. Rajagobal berkata beliau telah mencabar anak buahnya untuk membuktikan aksi berani mereka dengan pasukan kelab Sepanyol itu.

Jurulatih berusia 57 tahun itu berkata perlawanan persahabatan menentang salah satu pasukan terbaik dunia itu adalah peluang yang jarang berlaku bagi mana-mana pasukan kebangsaan atau kelab.

"Saya mahu pemain mengambil kesempatan ini untuk memberikan komitmen penuh dalam perlawanan menentang salah satu kelab bola sepak terbaik di dunia.

"Bagi saya, menentang pasukan ini (Barcelona FC) juga merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran dan paling penting peminat tempatan dapat dihiburkan dengan aksi kelab itu di sini," katanya pada sidang media bersama itu.

Rajagobal berkata beliau telah melakar strategik terhadap kelab Sepanyol itu dan berharap rancangannya itu akan menjadi.

"Saya tidak boleh dedahkan pelan permainan terhadap Barcelona FC tetapi berharap pemain akan mengikuti kesemua arahan yang diberikan semasa latihan pusat," katanya. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Lionel Messi , Barcelona FC , Malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan