Chong Wei Terpaksa Berhempas Pulas Sebelum Layak Ke Pusingan Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 8 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Datuk Lee Chong Wei terpaksa mengerah keringat sebelum mencatat kemenangan ke atas Dionysius Hayom Rumbaka untuk layak ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2013 di sini.

Dalam aksi pusingan kedua di Gimnasium Tianhe pada Rabu, pemain nombor satu dunia dan pilihan utama kejohanan itu, dipaksa bekerja keras sebelum mengenepikan cabaran pemain muda Indonesia tersebut dalam perlawanan yang berlarutan sehingga ke 'rubber set'.

Chong Wei, yang memburu kejuaraan sulungnya pada kejohanan itu, bermula goyah pada set pembukaan termasuk melakukan kesilapan mudah sekali gus memberi keyakinan kepada Dionysius untuk menang 21-14.

Bermula set kedua, Chong Wei dilihat masih tercari-cari rentak permainan, namun dengan pengalaman yang ada serta kesilapan yang dilakukan Dionysius telah memberi kemenangan 21-18 kepada jaguh badminton negara itu.

Kemenangan itu menaikkan semangat Chong Wei untuk menamatkan perlawanan pada set penentuan dengan 21-11, sekali gus melebarkan kemenangan sebanyak tujuh kali tanpa tewas ke atas lawannya itu.

Pemain berpengalaman negara berusia 31 tahun itu akan bertemu pemenang antara pilihan ke-14, Wang Zhengming dari China atau Vladimir Ivanor dari Russia pada pusingan ketiga pada Khamis.

"Saya tidak menjangka beliau (Dionysius) bermain dengan baik hari ini.

"Tetapi, mungkin kerana saya tidak bermain dalam prestasi terbaik dan banyak melakukan kesilapan mudah. Pada set kedua, saya masih sukar mendapat 'feeling' terhadap perlawanan.

"Tetapi selepas saya berjaya bertahan dengan corak permainan serangannya, saya lebih yakin untuk memenangi set kedua dan ketiga. Keadaan ini bagus juga kerana memberi peringatan kepada saya supaya lebih bersedia pada perlawanan seterusnya," kata Chong Wei kepada pemberita selepas perlawanan selama sejam itu.

Sebagai pilihan utama dan memegang gelaran pemain nombor satu dunia sejak sekian lama, Chong Wei tahu bahawa ramai pemain terutama pemain muda begitu 'bernafsu' untuk menewaskannya.

"Itu memang saya tahu sebab saya pun dulu macam itu (mahu kalahkan pemain ranking tinggi). Sebab itu saya perlu perkuatkan lagi mental untuk perlawanan akan datang.

"Saya akan berbincang dengan jurulatih dan fikirkan strategi bagi menghadapi lawan saya akan datang," katanya.

Chong Wei berkata, beliau begitu 'dahagakan' kejuaraan pada kejohanan itu, bukan sahaja kepada dirinya tetapi kepada negara kerana belum pernah pemain Malaysia merangkul gelaran tersebut. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan