Bayar Berjuta Untuk Tidak Bermain Itulah Wayne Rooney...

Diterbitkan: Rabu, 7 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wayne Rooney
Wayne Rooney

SEJAK kali terakhir Wayne Rooney dipilih bermain untuk Manchester United, dia telah dibayar lebih daripada £3 juta dalam bentuk gaji dan imbuhan lain.

Dengan gaji sebanyak £240,000 seminggu, United perlu membayar harga yang begitu tinggi kepada seorang pemain yang kini ibarat duri dalam daging kepada juara bertahan itu.

Rooney telah membuat permohonan rasmi untuk meninggalkan kelab itu apabila mendapat tahun yang Chelsea mengemukakan pembidaan ke atasnya tetapi United tidak bersedia melepaskannya kepada pesaing terdekat mereka musim depan.

Situasi Rooney ini telah mencetuskan gangguan dan keresahan dalam kem latihan United malah kepada pemain yang tidak berasa teruja lagi untuk menyarung jersi United tetapi pada masa yang sama berhadapan dengan dilema yang pelbagai.

Dan dilema terbesar ialah kepada siapakah dia harus dijual dan selagi dia tidak dijual, berapakah lamakah mereka mampu menanggung kos gaji dan imbuhannya yang bernilai berjuta-juta ringgit itu.

Buat masa ini Rooney memenuhi tuntutan kontraknya dengan melaporkan diri di kem latihan kelab di Carrington setiap hari. Tetapi tempoh masa yang dihabiskannya di padang latihan tidak sepadan dengan jumlah bayaran yang perlu dibayar oleh United kepadanya.

Kali terakhir Rooney bermain secara kompetitif untuk United ialah 13 minggu yang lalu ketika menentang Arsenal dalam perlawanan liga.

Seminggu selepas itu, ketika menentang Chelsea, Rooney tidak tersenarai pun dalam kesebelasan utama sebaliknya pemain berusia 39 tahun, Ryan Giggs yang menjadi pilihan Sir Alex Ferguson.

Dalam perlawanan terakhir liga menentang Swansea, Rooney menerima tamparan paling hebat dalam kerjaya bolasepaknya bersama United apabila tidak disenaraikan langsung walaupun dalam barisan simpanan.

Kemudian bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, Rooney terpaksa dihantar pulang dari siri lawatan United ke Asia dan Australia kerana cedera otot. Dan untuk menjadikan keadaan lebih parah, pengurus baru United, David Moyes membuat komen yang mereka memerlukan Rooney sebagai penyerang 'back up' kepada Robin van Persie.

Sebaik sahaja mendengar komen tersebut Rooney merajuk lalu membuat permohonan rasmi untuk meninggalkan kelab tersebut.

Pada Isnin, Rooney yang sepatutnya diturunkan bermain dalam satu perlawanan persahabatan Stockholm juga tidak diturunkan atas alasan kali ini mengalami kecederaan bahu pula.

Kini semua mata akan tertumpu Ahad ini dalam perlawanan pembuka tirai musim, Piala Sumbangsih menentang Wigan di Stadium Wembley sama ada Rooney akan diturunkan.

Tags / Kata Kunci: Wayne Rooney , Manchester United

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan