Fabregas Tidak Akan Dijual - Zubizarreta

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fabregas menjadi pasukan Manchester United.
Fabregas menjadi pasukan Manchester United.

PENGARAH kelab Barcelona, Andoni Zubizarreta mendedahkan kelab Manchester United mengangkat bendera putih dalam percubaan mendapatkan pemainnya, Cesc Fabregas.

United sebelum ini telah membuat dua kali bidaan terhadap pemain tersebut namun ditolak Barcelona dan menegaskan bintang Sepanyol itu bukan untuk dijual.

Kemungkinan besar United melakukan tawaran ketiga terhadap Fabregas,26, namun Zubizarreta mencadangkan agar kelab terkenal Liga Perdana Inggeris itu melupakan hasratnya.

Zubizarreta berkata:"Manchester United amat berminat untuk mendapatkan pemain itu walaupun mereka sedar situasi yang kami tidak mahu menjual. Mereka cuba untuk mendapatkannya juga.

"Kami tidak akan menjual Fabregas".

Dalam satu lagi kenyataan rasmi di laman web kelab, Zubizarrate berkata: "Dia masih mempunyai kontrak dan kami meletakkan harapan kepadanya.

"Saya pernah mengeluarkan kenyataan ini ketika memperkenalkan Tito (Vilanova) dan juga Tata (jurulatih baru Gerardo Martino).

"Dia adalah seorang pemain luar biasa yang mampu mencipta peluang dan menggunakan peluang itu dengan baik. Dia adalah pemain bernombor empat Barca."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan