Kapten Uruguay, Lugano Sertai West Brom - Bola Sepak | mStar

Kapten Uruguay, Lugano Sertai West Brom

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lugano akan memperkuat West Brom selama dua tahun.
Lugano akan memperkuat West Brom selama dua tahun.

PEMAIN pertahanan Uruguay, Diego Lugano mengumumkan akan meninggalkan Paris St Germain (PSG) untuk menyertai West Brom.

Lugano, 32, yang menghabiskan musim lalu secara pinjaman ke Malaga berkata, dia bersetuju dengan perjanjian selama dua tahun bersama The Hawthorns.

Perjanjian itu telahpun disahkan oleh juara Perancis itu.

"Saya amat teruja untuk menyertai West Bromwich Albon untuk tempoh dua tahun akan datang," kata Lugano dalam laman Twitternya.

Lugano yang memulakan kariernya bersama Nacional di tempat kelahirannya sebelum berhijrah ke Sao Paulo, Brazil beraksi di Eropah sejak menyertai Fenerbahce pada 2006.

Dia menyarung jersi PSG pada 2011 tetapi kurang menyerlah bersama kelab itu kerana sering dibelenggu kecederaan.

Selepas melakukan 12 penampilan pada musim pertamanya, dia kurang diturunkan selepas kehadiran Thiago Silva.

Akhirnya Lugano menyertai Malaga secara pinjaman pada Januari tahun ini.

"Saya melakukan sesuatu yang amat saya rindui dalam karier iaitu beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Tidak dinafikan ia liga yang paling kompetitif di dunia," katanya.

Tags / Kata Kunci: Uruguay , Diego Lugano , West Brom
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan