Perlawanan Persahabatan Barcelona FC Dapat Beri Impak Ekonomi Sebanyak RM115 Juta

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlawanan persahabatan antarabangsa antara Barcelona FC dan Harimau Malaya pada 10 Ogos ini dijangka dapat menjana pendapatan RM115 juta kepada ekonomi negara.

Penganjur, Malaysia Major Events, dalam kenyataan hari ini, berkata perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini dijangka menarik 80,000 penonton dengan lebih 8,000 peminat kelab gergasi Sepanyol itu di rantau ini.

Ia berkata acara itu bukan sahaja menampilkan aksi lagenda bola sepak tetapi juga tarikh diatur semasa sambutan Aidilfitri membolehkan pelawat asing didedahkan kepada kepelbagaian budaya Malaysia.

"Rakyat Malaysia dan bola sepak tidak dapat dipisahkan. Kami gembira untuk melihat kehebatan semangat bola sepak melanda negara ini dan kami akan terus membawa acara sukan mega ke sini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Biro Konvensyen dan pameran Malaysia (MyCEB), Zulkefli Sharif.

Malaysia Major Events merupakan cabang dalam MyCEB, iaitu agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan