Kedudukan Rajagobal Selamat Hingga Hujung Tahun

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Kedudukan Rajagobal masih selamat sehingga tarikh akhirnya kontraknnya, Disember ini. Foto:IZZRAFIQ ALIAS/The Star=
Kedudukan Rajagobal masih selamat sehingga tarikh akhirnya kontraknnya, Disember ini. Foto:IZZRAFIQ ALIAS/The Star=

KUALA LUMPUR: Kedudukan Datuk K. Rajagobal selaku ketua jurulatih bola sepak negara masih selamat sehingga hujung tahun ini.

Selepas gagal memberi keputusan memberangsangkan dalam beberapa siri perlawanan antarabangsa sejak akhir-akhir ini, status Rajagobal menjadi tanda tanya.

Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin merasakan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi peluang kepada Rajagobal hingga akhir tahun ini adalah satu keputusan yang adil.

"Saya difahamkan bahawa FAM akan memberi peluang kepada Rajagobal untuk memenuhi kontrak hingga akhir tahun ini.

"Selepas itu sekiranya beliau tidak mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI), maka kontraknya tidak akan disambung.

"Saya rasa itu keputusan yang adil. Semua kontrak berdasarkan KPI," jelasnya kepada ketika ditanya mengenai kedudukan Rajagobal selepas Majlis Berbuka Puasa Kementerian Belia Dan Sukan bersama Penulis-Penulis Sukan Malaysia pada Khamis.

Khairy juga turut mendedahkan bahawa pihaknya tidak meletakkan syarat untuk memilih jurulatih baharu selepas ini.

"Tak semestinya jurulatih luar negara yang menjadi pilihan terbaik.

"Yang saya nak lihat adalah FAM memilih jurulatih terbaik untuk Malaysia.

"Seorang jurulatih yang faham sistem, memahami dan yang boleh kendali pasukan negara dengan bebas tanpa gangguan.

"Saya tak cakap sekarang ada gangguan tetapi itu adalah kriteria penting, yang sentiasa jadi prasyarat mana-mana pemilihan jurulatih.

"Apa yang penting, jurulatih itu perlu ada strategi terbaik untuk meningkatkan prestasi dan meningkatkan kedudukan bola sepak kita sekaligus layak ke kejohanan utama peringkat antarabangsa," tambahnya.

Malaysia kini di ranking ke-159 dunia dan tidak menunjukkan peningkatan.

Selepas tewas 1-4 kepada kepada kelab gergasi Inggeris Chelsea baru-baru ini, skuad Rajagobal terus merundum dengan lima kekalahan ketika bertandang ke Jepun dalam misi mengharungi perlawanan persahabatan bagi persiapan pusingan Kelayakan Piala Asia bertemu Bahrain, Oktober ini.

Pada perlawanan terakhir pada Rabu, Harimau Malaya tumpas 5-0 kepada kelab divisyen dua, Tokyo Verdy.

Sebelum itu, mereka kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu, Shimizu S-Pulse, Khamis lepas sebelum diaibkan 5-0 oleh satu lagi kelab divisyen satu, Shonan Bellmare.

Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan pada tahun ini, skuad negara hanya mencatat dua kemenangan, seri sekali dan tewas sembilan perlawanan.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan