The Daily Mail Lapor Spurs Setuju Jual Gareth Bale Kepada Real Madrid Pada Harga Rekod Dunia

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gareth Bale
Gareth Bale

REAL MADRID dilaporkan telah berjaya menyakinkan pemilik Tottenham Hotspurs untuk menjual pemain terbaik Liga Perdana Inggeris musim lalu, Gareth Bale pada harga rekod dunia, £87 juta.

Menurut portal berita The Daily Mail, persetujuan untuk menjual dan membeli Bale telah dipersetujui secara prinsip dan ia hanya menunggu untuk disahkan sebaik sahaja kelab London itu berjaya memperolehi penganti Bale.

Adalah difahamkan, penyerang antarabangsa Sepanyol, Roberto Soldado kini sedang dalam proses rundingan untuk menyertai Spurs dengan harga perpindahan sebanyak £26 juta dari Valencia menjelang hujung minggu ini.

Jika Soldado berjaya dipikat dari Valencia ia akan menjadi rekod perpindahan paling tinggi dalam sejarah Spurs malah pemain itu bakal diletakkan sebagai penyerang utama pada musim akan datang.

Soldado telah ditawarkan ganjaran sebanyak £60,000 seminggu selama lima tahun dengan pertimbangan jumlah itu akan dinaikkan kepada £75,000 seminggu pada pertengahan kontrak.

Tottenham telah pun berjaya memperolehi khidmat bintang baru Brazil, Paulinho yang dibeli pada harga £17 juta dari kelab Brazil, Corinthians.

Paulinho mencipta nama pada Kejohanan Piala Konfederasi yang baru tamat dua minggu lalu yang turut menyaksikan Brazil muncul sebagai juara menewaskan juara dunia, Sepanyol.

Dalam pada itu The Daily Mail turut melaporkan yang Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas juga sedang dalam proses untuk mendapatkan khidmat pemain muda, Alvaro Morata, 20, dari Real Madrid sebagai pertukaran dengan Bale.

Morata adalah penjaring terbanyak pada Kejohanan Bawah-21 Tahun Eropah yang baru sahaja selesai bulan lalu.

Sementara itu Bale dilaporkan telah menghadiri sesi latihan musim baru bersama Spurs pada Rabu tetapi tidak mengambil bahagian dalam apa jua sesi memanaskan badan.

Ini menguatkan lagi spekulasi yang perpindahannya ke Madrid bakal menjadi nyata.

Apatah lagi dia dilihat duduk berbincang dengan Villas-Boas dan adalah difahamkan yang Bale telah menegaskan yang dia tidak boleh dinafikan peluang sekali seumur hidup untuk bermain dengan kelab paling popular dan berjaya di dunia.

Jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti, menegaskan yang pihak kelab sedang mencari jalan penyelesaian ke atas isu perpindahan Bale ini.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan