Bulan Ramadan Punca Tewas - Rajagobal

Diterbitkan: Jumaat, 2 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rajagopal (dua kanan) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)dari Jepun bersama para pegawai serta pemain skuad kebangsaan pada Khamis.
Rajagopal (dua kanan) tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)dari Jepun bersama para pegawai serta pemain skuad kebangsaan pada Khamis.

SEPANG: Beraksi dalam bulan Ramadan merupakan punca skuad Harimau Malaya tewas dalam tiga perlawanan persahabatan menentang kelab liga Jepun, kata ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobal.

Skuad bola sepak kebangsaan yang tiba di tanah air pada Khamis, kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu Shimizu S-Pulse, Shonan Bellmare (5-0) dan kelan divisyen dua Tokyo Verdy dengan keputusan 5-0.

Mempertahankan skuad bimbingannya, Rajagobal berkata pemainnya tidak mempamerkan mutu persembahan sebenar apabila beraksi dalam keadaan berpuasa pada waktu siang kerana kurang tenaga namun mungkin akan menampilkan aksi berlainan pada waktu malam.

"Pada perlawanan pertama dengan Shimizu S-Pulse keputusannya tidak terlalu teruk kerana kita bermain selepas berbuka namun pada perlawanan persahabatan kedua dan ketiga kita bermain pada waktu siang," katanya kepada pemberita selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA.

Rajagobal berkata kekalahan itu memberi pengajaran bahawa jika mahu bermain dengan kelab-kelab yang berada di tahap tinggi, adalah tidak sesuai diadakan pada bulan Ramadan.

Kunjungan ke Jepun yang bermula pada 23 Julai lepas itu adalah sebagai persiapan skuad kebangsaan menentang Bahrain dalam aksi kelayakan Piala Asia 2015 di Kuala Lumpur, Oktober ini.

Ditanya mengenai desakan sesetengah pihak yang meminta beliau mengundur diri selepas kekalahan memalukan itu, Rajagobal berkata beliau akan meneruskan tugasnya sehingga kontraknya tamat pada 31 Dis ini.

"Jika majikan (Persatuan Bola Sepak Malaysia) buat keputusan, saya pun akan buat keputusan nanti. Sementara itu, saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai jurulatih dan jangan ganggu pemain serta saya," katanya yang mahu terus memberi tumpuan terhadap latihan menentang Bahrain nanti. BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , Datuk K. Rajagobal

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan