Harimau Malaysia Longlai Di Jepun

Diterbitkan: Khamis, 1 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mengakhiri siri perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di Jepun tanpa sebarang kemenangan mahupun melakukan jaringan.

Pada perlawanan terakhir hari ini, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal tumpas 5-0 kepada kelab divisyen dua, Tokyo Verdy.

Dalam kunjungan seminggu ke negara itu, skuad negara kalah 2-0 kepada kelab divisyen satu, Shimizu S-Pulse, Khamis lepas sebelum diaibkan 5-0 oleh satu lagi kelab divisyen satu, Shonan Bellmare, dua hari kemudian.

Perlawanan persahabatan di Jepun adalah sebagai persiapan menentang Bahrain pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2015 di sini, Oktober ini.

Untuk rekod, daripada 12 perlawanan persahabatan pada tahun ini, Harimau Malaya hanya mencatat dua kemenangan, seri sekali dan tewas sembilan perlawanan.- BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Harimau Malaya , Jepun , Datuk K. Rajagobal

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan