Bekas Penyerang Birmingham City Meninggal Dunia

Diterbitkan: Selasa, 30 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Benitez meninggal dunia pada umur 27 tahun awal pagi Selasa.
Benitez meninggal dunia pada umur 27 tahun awal pagi Selasa.

BEKAS penyerang Birmingham City, Christian 'Chucho' Benitez meninggal dunia kerana masalah kegagalan jantung di Qatar, awal pagi Selasa.

Benitez,27, beraksi bersama pasukan antarabangsa Ecuador dengan menjaringkan 24 gol merupakan anak kepada Ermen Benitez yang telah mencatat rekod jaringan tertinggi sehingga kini.

Betinez hanya sempat bersama kelabn Qatar, El Jaish hanya tiga minggu sahaja.

"Benitez...mengala sakit perut dan terus dikejarkan ke hospital. Selepas beberapa jam dia mengalami kegagalan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) yang menyebabkan kematian.

"Persekutuan Bola Sepak Ecuador mengucapkan takziah kepada adik-beradik, ibubapa,isteri, anak dan kawan-kawannya," jelas satu kenyataan.

Manakala kelab El Jaish berkata: "Kelab mengucapkan takziah kepada keluarga pemain.

"Pemain tersebut beraksi buat kali pertama dengan kelab pada Isnin ketika menentang pasukan Kelab Sukan Qatar dalam aksi Piala Sheikh Jassem tanpa sebarang masalah kesihatan.

"Dia tiba di sini dengan perasaan yang penuh semangat dan teruja serta mempunyai moral yang tinggi."

Benitez yang digelar 'Chucho' menjadi perhatian pada Piala Dunia 2006 di Jerman dan turut membantu negaranya pada aksi kelayakan piala dunia di Brazil tahun depan.

Kali terakhir bermain bersama negaranya ketika bertemu Peru di Lima Jun lalu.

Sebelum itu, Betinez telah bersama Birmingham City secara pinjaman pada musim 2009-10 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan