Tewas Dua Aksi Pra Musim, Moyes Tetap Tenang

Diterbitkan: Isnin, 29 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

David Moyes
David Moyes

BOS Manchester United, David Moyes memberi alasan mengenai prestasi hambar pasukannya ketika aksi pra musim kerana bermain dengan lawan yang lebih berkualiti.

Namun Moyes tetap gembira dan tidak risau dengan keputusan keseluruhan pra musim ini biarpun mencatat keputusan dua kalah, satu menang dan satu seri.

"Ia hanyalah perlawanan pra musim dan kami baharu bermula. Kami bermain dengan dua pasukan yang hebat di Jepun.

"Kami akan melakukan yang lebih baik dan keadaan ini merupakan satu situasi yang positif dan meningkat.

"Kami telah bersedia untuk menempuhi musim baharu ini, dan dan tidak ragu-ragu mengenainya.

"Saya teruja dengan jelajah pra musim ini dan ia satu sambutan yang luar biasa terhadap pasukan Manchester United," jelas Moyes.

Moyes dilantik menjadi pengurus baharu United selepas Sir Alex Ferguson mengambil keputusan bersara bulan lalu.

Skuad kendalian Moyes ini memulakan aksi pra musim dengan tewas kepada pasukan Singha All Star (Thailand) 1-0 di Bangkok baru-baru ini.

Selepas itu mereka menumpaskan pasukan A-League All Stars (Australia) 5-1 sebelum bertandang ke Jepun, bermain dengan Yokohama F-Marinos dan tewas 3-2.

Selepas itu, skuad Moyes mencatat seri 2-2 bertemu Cerezo Osaka.

Keputusan perlawanan pra musim:

Man United 0-1 Singha All Star

Man United 5-1 A-League All Stars

Man United 2-3 Yokohama F-Marinos

Man United 2-2 Cerezo Osaka

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan