Scholes Yakin Rooney Kekal Di Old Trafford

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rooney masih lagi menjadi buruan Chelsea.
Rooney masih lagi menjadi buruan Chelsea.

PAUL Scholes yakin rakan sepasukannya, Wayne Rooney akan menolak tawaran Chelsea dan kekal bersama Manchester United.

Bidaan The Blues untuk mendapatkan khidmat penyerang England itu telah ditolak pada minggu lalu tetapi Chelsea dilaporkan tidak akan berputus asa.

Bagaimanapun, Scholes, 38 berkata;" Saya tidak rasa tiada kelab lebih baik untuk bermain bola sepak berbanding Manchester United.

"Segalanya bergantung kepada Rooney tetapi dia adalah pemain hebat dan setiap pemain dan penyokong mahu dia kekal di sini," kata Scholes.

Scholes yang melakukan penampilan bersama United pada 1993 dan beraksi lebih 700 perlawanan bersama kelab itu turut yakin pengurus David Moyes tidak tertekan untuk mendapatkan pemain baru.

Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu turut membuat dua bidaan kepada Barcelona untuk mendapatkan pemain tengah Cesc Fabregas yang bernilai 25 juta pound dan 30 juta pound.

Namun, kedua-dua bidaan itu telah ditolak oleh kelab gergasi Sepanyol itu.

Tags / Kata Kunci: PAUL Scholes , Wayne Rooney , Chelsea

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan