Kelantan Mahu Kekal Momentum, Sathia Sasar Ke Final

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengurus Kelantan, Azman Ibrahim mahu pasukannya mengekalkan momentum menjelang saingan Piala Malaysia yang bakal membuka tirai Ogos ini.

Selepas berjaya mempertahankan gelaran Piala FA buat kali kedua baru-baru ini, Azman yakin skuadnya akan meneruskan kejayaan tersebut pada aksi musim baru ini.

"Undian kali ini menyaksikan Kelantan dan Terengganu seperti tidak boleh dipisahkan. Malah satu lagi pasukan dari Pantai Timur, Pahang turut berada bersama kami selain pasukan Negeri Sembilan.

"Harap dapat melakukan yang lebih baik untuk melakukan rekod tanpa bolos kekal. Kami sedar berdepan dengan pasukan ini bukan mudah, namun dengan latihan yang gigih dari sekarang, harapnya semua berjalan dengan lancar.

"Misi mempertahankan Piala Malaysia menjadi idaman pasukan Kelantan. Tetapi dalam masa yang sama kami berjaga-jaga kerana Pahang juga sebuah pasukan yang semakin kuat.

"Manakala pasukan Terengganu juga mantap walaupun dalam saingan Liga Super kedudukan mereka tidak berapa baik," jelasnya selepas Majlis Undian Piala Malaysia pada Sabtu.

Kelantan berada dalam Kumpulan C bersama Pahang, Terengganu dan Negeri Sembilan yang layak secara play-off.

Sementara itu, ketua jurulatih Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan mengakui saingan musim ini lebih terbuka berbanding musim lalu.

"Selepas undian ini, pastinya saya telah membatalkan perlawanan persahabatan dengan Selangor memandangkan mereka bersama dengan kami dalam Kumpulan A.

"Namun perlawanan persahabatan dengan Sime Darby hari ini (Sabtu) akan diteruskan. Selepas ini tiada perlawanan dengan pasukan yang sama berada dalam kumpulan ini.

"Satu lagi pasukan yang bersama ATM adalah pasukan Johor. Saya merasakan saingan lebih seimbang dan terbuka.

"Kekuatan Sime Darby dan Johor pastinya tidak boleh dipandang rendah. Kehebatan Sime Darby sendiri telah sedia maklum selepas berjaya mara ke final sebelum ini," jelasnya yang menyasarkan untuk ke final musim baru ini.

ATM pastinya bakal menjadi salah satu pasukan pilihan dengan adanya penjaring terbanyak Liga Super musim ini, Marlon Alex James dengan 16 gol.

"Dia berjaya menjadi penjaring terbanyak kerana bantuan rakan-rakan sepasukan. Saling bekerjasama dalam segala aspek," tambah Sathia.

Selain itu, pemain Sime Darby, Karlo Primorac dilpilih menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana dengan mencetak 26 gol.

Berikut adalah undian pasukan Piala Malaysia 2013:

Kumpulan A - ATM, Sime Darby, Selangor, Johor

kumpulan B - Johor Darul Takzim (JDT), PKNS, T-Team, Felda United

Kumpulan C- Kelantan, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan

Kumpulan D - Lions XII, Perak, Sarawak, Kedah

Tags / Kata Kunci: Kelantan , Azman Ibrahim , Piala Malaysia

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan