Spekulasi Ke United Adalah Bohong - Alcantara

Diterbitkan: Jumaat, 26 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Alcantara ke Bayern untuk bersama Guardiola.
Alcantara ke Bayern untuk bersama Guardiola.

PEMAIN tengah Bayern Munich, Thiago Alcantara berkata pasukan Manchester United tidak pernah serius untuk mendapatkannya walaupun timbul banyak spekulasi perpindahan ke Old Trafford.

Pemain berusia 23 tahun menyertai pasukan juara Eropah, Bayern dari Barcelona awal bulan ini untuk bersama dengan bekas pengurusnya, Pep Guardiola yang menjadi penyebab penampilan pertama Alcantra pada tahun 2009. Gagal beraksi dengan aktif dalam barisan skuad utama musim lalu, Alcantra perlu meninggalkan Barcelona bagi mengurangkan kos (terdapat dalam kontrak pemain).

Bapa Thiago merangkap ejennya, Mazinho berkata, anaknya semakin dekat untuk menyertai United, namun pemain antarabangsa berusia 21 tahun itu menyangkal dakwaan tersebut.

"Yang betulnya ialah United tidak pernah bertemu dan berbincang dengan kami. Khabar ini datang dari pihak media," jelas Alcantara.

Jelasnya ketika mengambil keputusan meninggalkan Barcelona : "Ia tidak adil sekiranya bercakap mengenai kesabaran. Pihak kelab tahu situasi saya.

"Saya terus menunggu, lebih-lebih lagi sebelum aksi Kejuaraan Eropah, namun mereka tidak pernah menghubungi saya. Saya seperti tidak bernilai.

"Saya mahu bersaing. Kelab sedar yang saya ingin berpindah dan tidak ada apa yang mengubah mereka.

"Semua orang mempunyai minat masing-masing. Saya mahu seperti dihargai dan mahu beraksi, jadi saya mengambil keputusan untuk menyertai Bayern.

"Tidak guna jika saya terus tunggu dan menunggu, dan di situlah saya membuat keputusan.

"Semua pemain bola sepak mahu bermain dan terus bermain. Mereka (Barcelona) tidak banyak memebri peluang kepada saya untuk terus kekal di situ."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan