Khairy Puji Cadangan FAM Lonjak Ranking Pasukan Bola Sepak Negara

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin memuji langkah yang diambil Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin untuk menyediakan lebih banyak aksi persahabatan kelas 'A' bagi memperbaiki ranking Harimau Malaya dalam Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Khairy berkata ranking dunia adalah sesuatu yang sangat penting untuk dijadikan penanda aras kepada prestasi pasukan bola sepak negara di persada bola sepak dunia.

"Bukan saya kata kita tidak boleh main dengan pasukan kelab namun jika kita mahu tengok kedudukan dan keupayaan sebenar kita, ranking dunia adalah yang terbaik.

"Saya harap ada kesedaran dan perubahan ke arah menaikkan ranking dunia daripada pihak FAM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri forum Integriti Dalam Sukan di sini pada Selasa.

Baru-baru ini, Hamidin dipetik sebagai berkata bagi menaikkan ranking Harimau Malaya, beliau akan menyusun aksi antarabangsa berkelas A pada 2014 dan akan cuba mendapatkan kerjasama Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM supaya tiada pertindihan jadual dengan keutamaan diberikan kepada pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, pengendali Harimau Malaya Datuk K. Rajagobal dilaporkan sering mengulangi pendirian betapa ranking tidak penting dan ia turut mendapat sokongan pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal serta bekas Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad.

Malaysia kekal pada kedudukan ke-159 dalam ranking bola sepak dunia awal bulan ini.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan