Guus Hiddink Letak Jawatan Sebagai Pengurus Anzhi Makhachkala

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Guus Hiddink. Foto AFP
Guus Hiddink. Foto AFP

GUUS Hiddink telah meletakkan jawatan sebagai pengurus kelab Liga Perdana Rusia, Anzhi Makhachkala berkuatkuasa serta merta.

Pengurus berusia 66 tahun asal Belanda itu akan digantikan oleh bekas jurulatih Manchester United, Rene Meulensteen.

"Saya sentiasa menegaskan sejak dari awal lagi bahawa misi saya bersama dengan Anzhi akan berakhir sebaik sahaja saya merasakan yang kelab ini mampu membangun dan berdiri di atas kakinya sendiri," kata Hiddink.

Hiddink, yang membawa kemenangan Chelsea pada Final Piala FA 2009 menyertai Anzhi pada Februari 2012, dua tahun selepas mengepalai pasukan kebangsaan Rusia.

Musim lalu merupakan musim terbaik Anzhi dengan menduduki tangga ke-3 Liga Perdana Rusia - hanya ketinggalan 11 mata di belakang juara CSKA Moscow.

"FC Anzhi dengan berat hati menerima keputusan Hiddink untuk menamatkan kontraknya bersama kelab ini.

"Pihak kelab secara terbuka ingin merakamkan rasa terima kasih kami kepada Guus Hiddink di atas peranan penting yang dimainkannya selama ini dan ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua langkahnya yang seterusnya," demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Anzhi.

Sementara itu, Meulensteen pula meninggalkan United awal bulan ini beberapa hari sebelum pengurus baru David Moyes melaporkan diri untuk memulakan tugas rasminya di Carrington.

Dia menyertai Anzhi bulan lalu sebagai penolong kepada Hiddink.

BERIKUT ADALAH SENARAI KEJAYAAN HIDDINK SEBAGAI SEORANG PENGURUS:

> 6 Juara Liga Belanda bersama PSV

> 4 Piala Belanda bersama PSV

> 1 Piala Eropah bersama PSV

> 1 Piala FA Inggeris bersama Chelsea

> Bekas pengurus Belanda, Korea Selatan, Australia dan Rusia.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan