Real Madrid Tidak Akan Jual Ronaldo - Mourinho

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ronaldo kembali menjadi perhatian bekas kelabnya, Manchester United.
Ronaldo kembali menjadi perhatian bekas kelabnya, Manchester United.

PENGURUS baharu Chelsea, Jose Mourinho yakin Manchester United tidak akan berjaya untuk mendapatkan kembali bekas pemainnya Cristiano Ronaldo dari Real Madrid.

Bekas pengurus Madrid ini yang bersama Ronaldo di Bernabeu sehingga musim ini, menjangkakan bekas kelabnnya itu tidak akan menjual pemain antarabangsa Portugal itu dengan sebarang harga.

Sebelum ini United turut dikaitkan untuk membeli pemain Barcelona, Cesc Fabregas serta bintang Spurs, Gareth Bale dan dalam masa sama turut menjemput Ronaldo kembali menyarung jersi kelab itu.

Namun sehingga sekarang, pengurus baharu United, David Moyed belum mengikat mana-mana pemain utama.

"Apa yang saya tahu Real Madrid adalah sebuah kelab yang kaya dan mereka tidak perlu menjual pemain dan sebagai kelab mewah, saya rasa mereka boleh 'makan' sebarang tawaran yang dibuat kepada Ronaldo.

"Saya sedar Ronaldo menyayangi Man United dan teruja bermain dalam Liga Perdana Inggeris tetapi saya fikir dia akan kekal di Madrid. Itu hanya tanggapan saya," jelas Mourinho.

Sebelum ini, United menjual Ronaldo kepada kelab Sepanyol itu pada tahun 2009 dengan harga £80 juta (RM388.69 juta).

Pengurus baharu kelab itu, Carlo Ancelotti turut dilihat tidak akan melepaskan Ronaldo.

Kontrak Ronaldo bersama Real akan berakhir pada tahun 2015.

"Dia sangat penting bagi kami, saya mahu dia kekal di sini.

"Dia adalah satu fenomena dan seorang pemain yang profesional," jelasnya selepas menyaksikan Ronaldo menjaringkan dua gol ketika perlawanan pra musim menentang Bournemouth baru-baru ini.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan