Pepe Reina Dipinjamkan Ke Napoli - Bola Sepak | mStar

Pepe Reina Dipinjamkan Ke Napoli

Diterbitkan: Isnin, 22 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Reina akan menyertai Napoli secara pinjaman selama semusim.
Reina akan menyertai Napoli secara pinjaman selama semusim.

PENJAGA GOL Liverpool, Pepe Reina akan menyertai Napoli secara pinjaman selama semusim.

Menurut laporan BBC, perpindahan tersebut akan membolehkan Reina bersatu semula dengan bekas jurulatihnya Rafael Benitez yang kini mengurus Napoli.

Benitez adalah orang yang bertanggungjawab membawa Reina ke Anfield dari Villarreal pada tahun 2005 ketika dia mengurus Liverpool dulu.

Jurulatih asal Sepanyol itu sebelum ini menjawat jawatan pengurus sementara Chelsea tetapi berjaya membawa kelab itu menjuarai Piala Europa.

Benitez dilaporkan berusaha mendapatkan Reina selepas usahanya untuk membawa masuk penjaga gol antarabangsa Brazil, Julio Cesar dari QPR gagal.

QPR enggan melepaskan Cesar secara pinjaman atas faktor usia dan hanya sanggup melepaskan penjaga gol mereka itu atas prinsip perpindahan kekal.

Reina, 30, sepatutnya menyertai skuad Liverpool dalam siri lawatan ke Asia mulai Ahad.

Dia kini mendapati peluangnya sebagai pilihan pertama Liverpool semakin tipis ekoran pembelian penjaga gol Belgium, Simon Mignolet dari Sunderland pada harga £9 juta bulan lalu.

Selain Mignolet, dia juga harus bersaing dengan seorang lagi penjaga gol iaitu Brad Jones.

Bekas jurulatih penjaga gol Liverpool, Xavi Valero sudahpun menyertai Benitez di Napoli.

Napoli adalah naib juara Serie A musim lalu di bawah bimbingan Walter Mazzarri.

Tags / Kata Kunci: Liverpool , Pepe Reina , Napoli
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan