Moyes Akui United Buat Tawaran Terhadap Cesc

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fabregas jadi sasaran pasukan United.
Fabregas jadi sasaran pasukan United.

PENGURUS Manchester United, David Moyes mengesahkan membuat tawaran kepada Cesc Fabregas, namun menegaskan Wayne Rooney bukan untuk dijual.

Timbalan Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward sebelum ini telah meninggalkan pasukannya di Sydney bagi menguruskan perpindahan termasuk perkara yang berkaitan dengan Fabregas.

Moyes berkata, dia amat berharap untuk mendengar berita sejak tawaran lebih kurang £26 juta (RM126.70 juta) dibuat kepada pemain tersebut.

"Saya tidak boleh menjelaskan dengan tepat mengenai Fabregas, namun saya harap akan mendengar berita dalam masa terdekat ini.

"Saya mungkin hanya ada sedikit sahaja maklumat terkini mengenai perkara ini.

"Dalam memastikan kepentingan pemain, kami memang merancang untuk membawa masuk pemain dan kini sedang berusaha.

"Kami cuba sedaya upaya untuk membuat tambahan dalam pasukan dan berharap kami akan mendapat keputusan yang baik dalam masa terdekat ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Moyes tetap menekankan bahawa Rooney bukan untuk dijual.

Walaupun Chelsea membuat tawaran yang lumayan, ia tetap ditolak United.

"Kedudukan Rooney di United tidak akan berubah," tambahnya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan