Mourinho Janji Barisan Terbaik Menentang Malaysia

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jose Mourinho
Jose Mourinho

KUALA LUMPUR: Pengurus baharu Chelsea, Jose Mourinho mengakui pasukannya teruja untuk beraksi dan menjanjikan akan menyediakan barisan terkuatnya pada perlawanan bertemu Malaysia sempena Jelajah Asia 2013 di Stadium Shah Alam Ahad ini.

"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat peminat-peminat yang sentiasa menyokong kami dan saya berjanji akan menurunkan barisan terkuat pada aksi menentang Malaysia nanti.

“Peminat-peminat di Malaysia sudah terlalu lama menanti kehadiran kami dan tiada alasan untuk kami bermain sambil lewa dan hanya menurunkan pasukan pelapis.

“Bagi pasukan Malaysia, saya percaya mereka juga akan menampilkan aksi terbaik dan itu jugalah harapan saya kerana misi kami pada perlawanan itu nanti adalah untuk menghiburkan peminat di sini,” jelas Mourinho.

Mourinho berkata, dia berasa amat gembira apabila berpeluang kembali membimbing Chelsea, sambil menganggap Stamford Bridge sebagai rumah keduanya.

“Saya juga gembira dapat bersama-sama pemain dalam Jelajah Asia tahun ini kerana ia sangat baik untuk persiapan pasukan menjelang musim baharu Liga Perdana England pada pertengahan bulan depan.

"Saya kembali ke kelab yang saya sayang. Saya tahu mental dan cita-cita mereka. Kami perlu bekerja kuat dengan penuh kualiti.

"Kelab lebih penting daripada kami," jelas Mourinho yang sebelum ini telah mencatat sejarah dengan membawa trofi pertama liga kepada Chelsea pada tahun 2005 dalam tempoh 50 tahun.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan