Barca Umum Keputusan Mengejut Perletakan Jawatan Pengurus Tito Vilanova

Diterbitkan: Sabtu, 20 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tito Vilanova
Tito Vilanova

BARCELONA pada Jumaat telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan iaitu perletakan jawatan pengurus mereka, Tito Vilanova.

Presiden kelab itu, Sandro Rosell berkata, keputusan itu dibuat bagi membolehkan Vilanova meneruskan rawatan pemulihan sakit kanser tekak yang dialaminya.

Vilanova, yang mengantikan Pep Guardiola (sekarang pengurus Bayern Munich) sebagai pengurus Barcelona musim panas lalu telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada tekaknya pada penghujung 2011 tetapi mendapati yang penyakit itu kembali menghantuinya setahun kemudian.

Dia kemudiannya menjalani rawatan susulan di New York pada Disember tahun lalu.

Sehingga Khamis, Vilanova, 44, dilihat masih mengendalikan sesi latihan bersama pemain-pemain Barcelona di atas padang.

Bagaimanapun dalam sidang akhbar khas yang turut dihadiri oleh pemain-pemain skuad utama pada lewat Jumaat, Rosell berkata; " Apa yang saya akan umumkan ini adalah sesuatu yang tiada siapa pun yang sanggup mengumumkannya. Tito Vilanova tidak akan dapat meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sebagai jurulatih dan pengurus kami kerana rawatan dan ujian susulan yang perlu dijalaninya tidak memungkinkan dia meneruskan tugasnya sekarang."

Sehubungan dengan itu, Rosell memohon semua pihak agar menghormati Tito dengan tidak menganggunya pada saat-saat seperti ini. Vilanova tidak hadir pada sidang akhbar khas itu.

Penganti Vilanova akan diumumkan dalam beberapa hari lagi. Sebelum itu media massa di Sepanyol telah membuat spekulasi mengenai perletakan jawatan Vilanova dan menyebut yang jurulatih ketiga iaitu Joan Francesc Ferrer, yang juga dikenali sebagai Rubi, mungkin akan menyandang jawatan sebagai pengurus sementara.

Jurulatih berusia 43 tahun itu menyertai Barca hanya minggu lalu sebagai pembantu kepada Vilanova dan Jordi Roura.

Rubi adalah jurulatih kelab divisyen dua Liga Sepanyol, Girona musim lalu dan berjaya membawa kelab itu ke pusingan kalah mati untuk menentukan pasukan ketiga yang layak naik ke Liga Perdana. Bagaimana pun kelab itu gagal dalam usaha mereka.

Tentang penganti Vilanova, Rosell menjelaskan yang Naib Presiden Josep Maria Bartomeu dan Pengarah Bolasepak, Andoni Zubizarreta akan bertanggungjawab mengenalpasti pengurus baru dan memperkenalkannya kepada media minggu depan.

Ekoran perkembangan terbaru in juga, Rosell mengumumkan yang Barca telah membatalkan program pra musim mereka di Poland.

Tags / Kata Kunci: Tito Vilanova , BARCELONA , Sandro Rosell

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan