Pemain Harimau Malaya Kehausan Kemenangan - Subahan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya kini kehausan kemenangan dan aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stadium Shah Alam pada Ahad ini perlu menjadi medan buat pasukan bola sepak kebangsaan mencatat kemenangan.

Pengurus pasukan kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal berkata sudah agak lama pasukan kendalian Datuk K. Rajagobal itu tidak menyerlah dan ini adalah masa paling sesuai untuk mereka bangkit mencari kemenangan yang boleh dibanggakan seluruh rakyat Malaysia.

"Harimau Malaya pernah mengalahkan pasukan Liga Perdana, Arsenal FC dengan kemenangan 2-0 pada 1975 dan saya harap kita mampu mengulangi kejayaan sama pada aksi menentang Chelsea FC nanti.

"Ini tidak mustahil untuk berlaku," katanya.

Subahan berkata kemenangan ke atas pasukan Chelsea FC penting buat pasukan negara untuk meningkatkan keyakinan menghadapi cabaran aksi persahabatan menentang Barcelona FC pada 10 Ogos.

"Kedua-dua perlawanan persahabatan bersama pasukan Chelsea dan Barcelona adalah penting kerana ia akan memberi impak positif kepada pasukan kebangsaan sebelum bertemu Bahrain pada saingan Kelayakan Piala Asia 2015 (Pusingan Ketiga), Oktober ini," katanya.

Subahan berkata walaupun skuad Harimau Malaya gagal mencipta kemenangan pada aksi persahabatan menentang kelab dari Thailand, Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 16 Julai lepas, ini tidak bermakna mereka gagal.

"Keputusan seri tanpa jaringan membuktikan Harimau Malaya mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan Chonburi FC yang dibarisi enam pemain import dari Brazil dan selebihnya pemain kebangsaan Thailand," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan