Fabregas Mahu Setahun Lagi Di Barca - Wenger

Diterbitkan: Jumaat, 19 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fabregas (kiri) ketika bersama skuad Wenger sebelum ini.
Fabregas (kiri) ketika bersama skuad Wenger sebelum ini.

PENGURUS Arsenal, Arsene Wenger berkata pasukannya ada klausa untuk membeli balik bekas pemainnya, namun Cesc Fabregas mahu berada di Barcelona untuk tempoh setahun lagi.

Pemain berusia 26 tahun itu dijual oleh The Gunners kepada Catalan dua tahun lalu.

Dalam tempoh sama, kelab Inggeris ini percaya Barca akan memberi keutaamaan kepadanya sekira membuat keputusan untuk melepaskan Fabregas.

Khabar angin kini bertiup kencang mengenai pasukan Manchester United berminat untuk mendapatkan pemain tengah itu.

Namun Arsenal berada dalam keadaan selamat berdasarkan klausa dan Wenger percaya dengan Fabregas.

"Kami mempunyai klausa dalam kontrak, jadi kami akan memberi perhatian.

"Tetapi untuk setakat ini, Fabregas membuat keputusan untuk bersama Barca setahun lagi.

"Kecuali dia tukar fikirannya, saya tidak pasti tetapi saya sudah jelaskan semuanya," jelas Wenger.

Tags / Kata Kunci: Arsenal , Arsene Wenger , Cesc Fabregas , Barcelona

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan