Chelsea Tawar United £10 Juta Untuk Rooney Tapi Ditolak

Diterbitkan: Khamis, 18 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Wayne Rooney
Wayne Rooney

CHELSEA telah menawarkan £10 juta tunai termasuk seorang pemain kepada Manchester United untuk mendapatkan Wayne Rooney tetapi tawaran tersebut dengan segera ditolak mentah-mentah oleh Pengurus David Moyes.

BBC melaporkan, pemain yang ditawarkan oleh Chelsea kepada United ialah sama ada Juan Pablo Mata atau David Luiz.

Bagaimanapun Chelsea dijangka akan kembali semula dengan tawaran baru untuk Rooney, 27.

Jose Maurinho sedar yang Rooney sudah patah hati dengan United walaupun masih memiliki baki kontrak selama tiga tahun lagi.

Rooney dikatakan sudah tidak mempunyai motivati untuk terus kekal bersama United selepas Moyes memberi komen yang penyerang England itu hanya akan menjadi pemain sokongan selepas Robin van Persie.

Komen tersebut menyebabkan Chelsea mengambil peluang untuk membuat bidaan lewat Selasa.

Difahamkan Mourinho akan membuat tawaran balas selewat-lewatnya Jumaat ini.

REKOD JARINGAN ROONEY BERSAMA UNITED:

2002-03:6

2003-04:9

2004-05:11

2005-06:16

2006-07:14

2007-08:12

2008-09:12

2009-10:26

2010-11:11

2011-12:27

2012-13:12

JUMLAH: 156 gol

Tags / Kata Kunci: CHELSEA , Wayne Rooney , David Moyes

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan