Rajagobal Tetap Puas Hati Walaupun Seri

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Kelab Bola Sepak Thailand Chonburi FC, Anucha Kitpongsri (kanan) berjaya melepaskan sepakan daripada halangan pemain Malaysia, Ahmad Fakri Saarani (tengah) pada perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Selasa. -FotoBERNAMA
Pemain Kelab Bola Sepak Thailand Chonburi FC, Anucha Kitpongsri (kanan) berjaya melepaskan sepakan daripada halangan pemain Malaysia, Ahmad Fakri Saarani (tengah) pada perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Chonburi FC di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Selasa. -FotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal tetap berpuas hati dengan prestasi anak didiknya walaupun hanya mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang kelab Liga Perdana Thailand, Chonburi FC, malam Selasa.

Tegas beliau semua anak buahnya memberi komitmen penuh pada perlawanan itu walaupun sebahagian besar menjalani ibadat puasa.

"Walaupun kita hanya sempat menjalani latihan pusat selama beberapa hari, namun mereka mempamerkan aksi terbaik dan saya gembira kerana pada separuh masa kedua mereka mempamerkan sikap agresif untuk memburu gol pembukaan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Rajagobal bagaimanapun mengakui terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki dalam tempoh beberapa hari ini sebelum berdepan kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC di Stadium Shah Alam, Ahad ini.

"Kita perlu sedar bermain bersama kelab atau mewakili skuad kebangsaan adalah perkara berbeza dan bukan mudah untuk mengekalkan konsistensi dalam sesuatu perlawanan terutamanya perlawanan di peringkat antarabangsa," katanya.

Kapten pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak juga meluahkan rasa puas hati dengan komitmen yang diberikan oleh rakan sepasukan walaupun mereka terpaksa beraksi dalam bulan Ramadan.

"Saya rasa gembira walaupun wujud beberapa kekurangan di beberapa bahagian dan ini merupakan satu cabaran untuk kita memperbaiki segala kekurangan tersebut untuk mengharungi perlawanan genting akan datang," kata pemain pertahanan itu.

Sementara itu pengurus Chonburi FC, Withaya Laohakul berkata beliau gembira dengan prestasi pasukannya walaupun seri kerana mereka kehilangan khidmat dua pemain penyerang akibat masalah visa.

"Akan tetapi mereka tetap menunjukkan persembahan terbaik. Bagaimanapun, saya fikir gerakan penyudah di hadapan pintu gol Malaysia agar lemah dan saya akan perbaiki kelemahan ini sebelum perlawanan terakhir saingan liga kami Sabtu ini," kata bekas pemain antarabangsa Thailand itu.

-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan