PSG Beli Edinson Cavani Pada Harga £55 Juta

Diterbitkan: Rabu, 17 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Edinson Cavani
Edinson Cavani

PENYERANG sensasi Uruguay, Edinson Cavani telah menandatangani perjanjian kontrak lima tahun bersama juara Perancis Paris St-Germain (PSG) dari kelab Itali, Napoli dengan harga perpindahan sebanyak £55 juta.

PSG adalah milik syarikat pelaburan luar Qatar - Qatar Sports Investments.

Pemain berusia 26 tahun itu telah menjaringkan 78 gol sepanjang tiga musim bersama Serie A dan tahun lalu merupakan penjaring terbanyak liga.

"Kedatangan Edinson Cavani membuktikan bahawa kelab ini berkemampuan menarik perhatian pemain-pemain terbaik dunia," jelas Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi.

Musim lalu kelab tersebut berjaya menarik kedatangan bekas kapten England, David Beckham.

Harga yang dibayar oleh PSG untuk mendapatkan Cavani bermakna pemain itu kini adalah pemain termahal yang pernah dibeli oleh sebuah kelab Perancis dalam sejarah bolasepak negara itu.

Hanya beberapa minggu lalu, sebuah lagi kelab Perancis iaitu Monaco yang turut dimiliki oleh keluarga kaya Arab telah memecah rekod baru pembelian dalam liga Perancis apabila mereka membayar £50 juta kepada Atletico Madrid untuk mendapatkan khidmat seorang lagi pemain Amerika Selatan iaitu Radamel Falcao.

Kedua-dua mereka adalah penyerang paling dikehendaki oleh kelab-kelab terkemuka Eropah tetapi tidak dapat menyaingi harga yang mampu ditawarkan oleh PSG dan Monaco.

Kehadiran Cavani dan Falcao dalam liga Perancis sekaligus menjadikan negara tersebut sebagai kuasa baru dalam liga bolasepak Eropah pada musim baru yang akan bermula bulan depan.

Cavani kini akan bergandingan dengan kapten pasukan kebangsaan Sweden, Zlatan Ibrahimovic, yang baru sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik 2012/13.

Ibrahimovic telah menjaringkan 30 gol dalam musim pertamanya di Perancis selepas berpindah dari AC Milan pada harga £15.7 juta musim lalu.

PSG kini dibawah kendalian bekas pengurus skuad kebangsaan Perancis, Laurent Blanc yang mengantikan Carlo Anchelotti yang berpindah ke Real Madrid berikutan peletakan jawatan Jose Mourinho yang menyertai semula Chelsea untuk kali kedua.

PROFIL EDINSON CAVANI:

> Lahir: 14 Februari 1987

> Karier: Danubio (2005-07), Palermo (2007-10), Napoli (2010-13)

> Rekod Bersama Napoli: Menjaringkan 102 gol dalam 136 perlawanan untuk Napoli dalam semua pertandingan - meletakkan namanya sebaris dengan penyerang paling dikehendaki dalam liga bolasepak Eropah sekarang

> Rekod Antarabangsa: Memainkan peranan utama yang membawa Uruguay ke separuh akhir dan tempat keempat Piala Dunia 2010. Setahun selepas itu menjuarai Copa America bersama Uruguay

Tags / Kata Kunci: Edinson Cavani , PSG , Napoli

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan